Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Bhd (MAB) Peter Bellew yang bakal melepaskan jawatannya melahirkan keyakinan beliau terhadap Kapten Izham Ismail yang dilantik sebagai CEO Kumpulan baharu dan Pengarah Eksekutif syarikat itu.

Bellew, dalam catatan di laman Instagram beliau berkata Izham akan menjadi pemimpin unggul bagi Malaysia Airlines.

Beliau menyifatkan Izham sebagai seorang profesional penerbangan, pakar teknikal, juruterbang cemerlang dan paling penting seorang lelaki yang hebat.

"Beliau akan menjadi pemimpin hebat dalam syarikat penerbangan istimewa ini. Saya berbangga dengan anda Izham. Saya doakan anda berjaya.

"Saya harap anda akan sentiasa menghubungi saya," catatnya dalam laman sosial tersebut.

- BERNAMA