Bursa Malaysia Bhd telah mengumumkan tujuh lagi langkah bantuan yang disasarkan kepada kumpulan peserta yang lebih luas dalam pasaran modal.
Langkah-langkah ini diwujudkan untuk membantu mengurangkan beban kewangan dan memberikan kelonggaran yang lebih banyak dalam menempuh waktu mencabar ketika COVID-19, katanya dalam satu kenyataan.
Antara langkah utama termasuk lanjutan satu bulan automatik untuk menyerahkan penyata kewangan untuk Pasaran Utama dan ACE dan rebat sebanyak 50 peratus daripada yuran penyenaraian tahunan untuk terbitan yang disenaraikan bagi tahun 2020.
Bursa Malaysia berkata ia membenarkan pelanjutan tempoh masa untuk mengemukakan pelan penyusunan semula daripada 12 bulan yang sedia ada hingga 24 bulan dari tarikh mereka umumkan buat pertama kali.
Bursa Malaysia akan memberi lebih banyak kelonggaran kepada broker dengan menghapuskan keperluan untuk secara automatik mencairkan akaun margin pelanggan mereka jika ekuiti dalam akaun margin jatuh di bawah 130 peratus daripada baki belum jelas.
BACA: SC, Bursa gantung jualan singkat dalam persekitaran ketidaktentuan
BACA: SC umum kelonggaran pembiayaan margin untuk peserta pasaran modal
Bursa Malaysia juga memperluaskan senarai cagaran untuk tujuan pembiayaan margin, waktu perkhidmatan kaunter yang dipendekkan oleh peserta pasaran berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan membenarkan lanjutan masa untuk penyerahan borang urusniaga perkhidmatan depositori pusat (CDS) kepada Bursa Malaysia Depository Sdn Bhd.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Muhamad Umar Swift berkata penularan COVID-19 telah berkembang pantas daripada menjadi isu kesihatan awam sehingga mengakibatkan cabaran ekonomi yang serius.
"Kami sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk meringankan beban dan membantu syarikat-syarikat dan peserta pasaran yang menerima kesan secara langsung oleh krisis tersebut.
Kami akan terus libat sama peserta pasaran modal untuk memastikan usaha kami berkesan. Kami mensasarkan untuk membantu para peserta pasaran menghadapi perubahan mendadak dalam keadaan operasi atau aliran tunai mereka, sambil menyokong usaha negara untuk mengurangkan impak ekonomi dan sosial pandemik COVID-19, " kata Umar.
Langkah-langkah yang diumumkan hari ini melengkapkan usaha bantuan yang lebih luas di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 (PRE 2020) yang diumumkan oleh kerajaan pada 27 Feb, 2020.
Di bawah PRE 2020, kedua-dua Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bursa Malaysia bersetuju untuk mengecualikan semua yuran yang berkaitan dengan penyenaraian selama 12 bulan, kepada syarikat-syarikat yang mahu disenaraikan di ACE dan Pasaran LEAP, serta bagi syarikat-syarikat di Pasaran Utama , dengan permodalan pasaran kurang daripada RM500 juta.
Maklumat lanjut mengenai langkah-langkah bantuan ini boleh diperolehi di https://www.bursamalaysia.com/.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 26 2020
Bursa Malaysia membenarkan pelanjutan tempoh masa untuk mengemukakan pelan penyusunan semula daripada 12 bulan yang sedia ada hingga 24 bulan dari tarikh mereka umumkan buat pertama kali. - Gambar fail
PADU: Lebih 9 juta telah daftar
Pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) meningkat kepada 9.24 juta setakat Khamis.
PM adakan lawatan singkat ke Sarawak pada Sabtu
Dalam lawatan singkat ke Sarawak pada Sabtu, Datuk Seri Anwar Ibrahim antara lain bakal melakukan walkabout di Bazar Ramadan Desa Ilmu disusuli Majlis Iftar Berbuka Puasa Madani di Masjid Al-Muttaqin
UMNO Sabah akan lebih teliti pilih calon - Bung Moktar
Datuk Seri Bung Moktar Radin tidak mahu calon yang akan diketengahkan UMNO dalam PN Sabah nanti ditolak rakyat sekaligus mendatangkan kerugian buat parti itu.
Tempoh reman 13 remaja suspek kes bunuh pelajar kolej disambung
Hakim Mahkamah Nur Asyraf Zolhani membenarkan tempoh reman disambung tujuh hari bermula Jumaat
Satu lagi kawasan kebakaran hutan dikesan di Miri
Pesawat Bombardier CL-415 Maritim Malaysia digerakkan bagi membantu memadam kebakaran yang dikesan berhampiran Sekolah Kebangsaan Kuala Baram
Dua lelaki mengaku tidak bersalah lakukan rompakan berkumpulan
Dua lelaki yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan rompakan secara berkumpulan, minggu lepas.
Kesabaran rakyat ada batasnya - Bung Moktar
Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan isu air di Sabah perlu segera diselsesaikan jika tidak ia akan memberi kesan besar kepada rakyat.
AWANI Borneo [29/03/2024] - Kes bunuh pelajar kolej vokasional | Operasi bom air | Ini satu musibah - Bung Moktar
AWANI Borneo bersama Assim Hassan
Tempoh reman 13 remaja suspek kes bunuh pelajar kolej vokasional disambung
Satu lagi kawasan kebakaran hutan dikesan di Miri
Bung Moktar desak kerajaan Sabah segera selesaikan isu air
Tempoh reman 13 remaja suspek kes bunuh pelajar kolej vokasional disambung
Satu lagi kawasan kebakaran hutan dikesan di Miri
Bung Moktar desak kerajaan Sabah segera selesaikan isu air
Projek LRT tidak jejas status George Town sebagai Tapak Warisan UNESCO - Loke
Kerajaan jamin pembangunan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang tidak akan menjejaskan status George Town sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Ahli perniagaan didakwa tipu, pecah amanah, salah guna harta syarikat RM13.4 juta
Seorang ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan menipu, pecah amanah dan menyalahgunakan harta syarikat, melibatkan kerugian berjumlah RM13.4 juta.
Aafiyah, Afwa pendorong Siti Nurhaliza bantu rakyat Palestin di Rafah
Naluri keibuannya meruntun apabila melihat kebanyakan korban terdiri daripada golongan wanita dan kanak-kanak tidak berdosa.
Koridor maritim Gaza beroperasi hujung minggu ini
Pengumuman ini menyusul rancangan Amerika Syarikat (AS) untuk membina pelabuhan sementara di Gaza.
AS mahukan lebih banyak bantuan kemanusiaan di Gaza
Washington juga optimis tentang potensi koridor bantuan maritim ke Gaza yang sedang diusahakan.
Bantuan Kembali Ke Sekolah akan terus diperhebat untuk rakyat - Anwar
Kerajaan akan meneruskan usaha bagi memperhebatkan program bantuan "Kembali Ke Sekolah'', kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bantuan masuk ke Gaza makin merosot, kritikal
PBB berkata, angka harian menunjukkan penurunan mendadak dalam bekalan bantuan sejak 9 Februari.
Israel nafi akses 51 peratus misi bantuan dirancang ke utara Gaza
UNRWA berkata, keterjaminan makanan di utara Gaza mencapai keadaan sangat kritikal.
Mesir bantah keputusan penarikan bantuan ke Palestin
Ia akan membawa kepada lebih banyak penderitaan bagi rakyat Palestin yang memerlukan bantuan mendesak.
JKM salur bantuan segera kepada dua beranak hidup dalam sampah, najis di Ipoh
Skim Bantuan Am Negeri berjumlah RM400 akan diberikan kepada Erwan Dahari, serta skim Bantuan Warga Emas RM500 kepada ibunya Miram Kadir.
Bantuan Qatar untuk Gaza kini hampir mencecah 1,900 tan
Pesawat milik Angkatan Tentera Qatar yang membawa 18 tan bantuan tiba di bandar Arish, Mesir pada Khamis.
Elaun petugas masjid di Johor dikaji semula, penambahbaikan akan dilaksana tahun depan - Exco
Elaun petugas masjid di negeri Johor yang kini dalam proses kajian penambahbaikan dijangka akan dilaksanakan bermula tahun depan.