Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Bisnes

Cadangan pakej rangsangan bagi memastikan kemapanan pertumbuhan ekonomi

Cadangan pakej rangsangan bagi memastikan kemapanan pertumbuhan ekonomi
Menteri Kewangan Lim Guan Eng (dua, kiri) bersama Menteri Kerja Raya Baru Bian ketika sidang media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Project Funding Agreement Yang Baharu Bagi Projek Lebuhraya Pan-Borneo Sarawak. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Cadangan untuk melancarkan pakej rangsangan adalah bagi memastikan kemapanan pertumbuhan ekonomi negara, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Tegas beliau, cadangan pelancaran pakej rangsangan tersebut bukan bermakna Malaysia berdepan dengan risiko kemelesetan ekonomi.

Guan Eng berkata pihaknya akan mendapatkan maklum balas daripada pemegang-pemegang taruh terutamanya daripada sektor yang terjejas dalam penyediaan pakej rangsangan berkenaan.

“Kami akan membuat pengumuman dalam masa terdekat mengenai pelancaran pakej rangsangan.
“Saya perlu membentangkan kertas cadangan pakej rangsangan ekonomi kepada Kabinet terlebih dahulu.

“Tolong bersabar. Kami akan umumkan segala butiran lanjut,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian pembiayaan projek yang baharu bagi projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak pada Khamis.
BACA: Koronavirus: Pakej rangsangan ekonomi dipertimbang; tumpu kesejahteraan rakyat

Kerajaan sedang menimbangkan cadangan melaksanakan pakej rangsangan bagi menghadpi kesan penularan wabak koronovirus baharu (2019-nCoV) yang kini melibatkan 14 kes yang dikesan positif di Malaysia.


Tag: Menteri Kewangan, Lebuhraya Pan Borneo Sarawak, Lim Guan Eng, pertumbuhan ekonomi, koronovirus baharu, pakej rangsangan ekonomi



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.