Coca-cola Malaysia akan melabur sebanyak RM500 juta untuk mengembangkan saiz dan kapasiti pengeluaran kilangnya di Bandar Enstek, dekat sini.
Ketua Pegawai Eksekutif Bottling Investment Group Singapura-Malaysia-Brunei, Stephen Lusk berkata pembinaan kemudahan seluas 4.047 hektar bersebelahan kilang sedia ada sekarang yang seluas 12.545 hektar dijangka bermula pada suku pertama tahun ini dan akan beroperasi sepenuhnya pada 2020.
"Apabila siap kelak, Coca-cola Malaysia akan mempunyai 1,000 kakitangan langsung, di samping mewujudkan 10,000 lagi pekerjaan tidak langsung dalam syarikat yang menyokong rantaian bekalan perniagaan," katanya.
Beliau berkata demikian pada upacara pecah tanah pengembangan kilang itu hari ini yang dirasmikan oleh Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz.
Coca-cola telah melabur sebanyak RM1 bilion di Malaysia sejak 2010, mewujudkan lebih 800 pekerjaan dan lebih 75,000 pelanggan secara langsung dengan jumlah capaian lebih 200,000 pelanggan di seluruh negara.
Kilangnya di Bandar Enstek berfungsi sebagai hab pengeluaran halal bagi pasaran Malaysia, Singapura dan Brunei, menghasilkan minuman di bawah jenama Coca-Cola, Fanta, Sprite, A&W, Schweppes, Glaceau, Heaven and Earth, Minute Maid Pulpy dan Dasani.
Lusk berkata pelaburan tambahan oleh syarikat itu merupakan bukti keyakinannya terhadap ekonomi Malaysia.
Fasa pertama pengembangan kilang itu dijangka siap pada akhir tahun dan akan menempatkan rumah gudang berautomasi canggih dengan Simpanan Berautomasi dan Sistem Dapatan Semula, serta barisan pengeluaran tambahan dari semasa ke semasa, ketika syarikat itu berkembang ke kategori minuman berbeza.
Lusk berkata dengan pengembangan baharu itu, ia akan menyediakan keupayaan kepada syarikat untuk menambah barisan pengeluaran dan meningkatkan eksport ke negara Asia Tenggara lain selain Malaysia, Brunei dan Singapura.
Ditanya sama ada syarikat itu akan menaikkan harga produk berikutan kenaikan harga gula baru-baru ini, beliau berkata akan ada kenaikan kecil yang mana telahpun diambil kira oleh pasaran. -- Bernama
Bernama
Mon Mar 13 2017
Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz (tengah) menanam pokok sempena Majlis Pecah Tanah Pembesaran Kilang Coca-Cola Malaysia di Bandar Enstek, dekat sini hari ini. - Foto Bernama
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: PRK Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara
Lee Zii Jia tidak mahu terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Sebutan rayuan pendakwaan terhadap Bung Moktar, isteri ditetapkan 29 Julai
Timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini dan beliau turut menetapkan pengurusan kes akhir pada 15 Julai.
Coca Cola tinjau prospek penghasilan minuman berperisa ganja
Kenyataan itu hadir sebagai maklum balas Coca Cola terhadap laporan media berkaitan rundingan yang dijalankan dengan syarikat Aurora Cannabis Inc. dari Kanada.
Trofi Piala Dunia 2018 dipamer di Moscow
Kurang beberapa hari sebelum sepak mula Piala Dunia 2018 bermula, trofi bagi anugerah sukan paling berprestij itu didedahkan kepada umum dalam satu acara di Moscow Red Square pada Ahad.
Dua generasi gilakan Coca-Cola
Membelek botol model keluaran pertama Coca-Cola pada 1899 yang diperbuat dari kaca, anak jati Pumpong, Jalan Anak Bukit, Alor Setar ini mengakui koleksi yang dimilikinya seumpama mesin merentas masa.