Perkhidmatan penghantaran makanan, foodpanda akan melaksanakan “contactless delivery” ataupun penghantaran tanpa sentuh sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bermula Rabu ini .
Langkah tersebut diambil bagi mengurangkan risiko dan interaksi sesama manusia.
Ia juga bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pelanggan apabila menggunakan perkhidmatan mereka.
Langkah pertama, pelanggan perlu membuat bayaran untuk pesanan secara dalam talian.
Pelanggan kemudiannya boleh memaklumkan kepada penunggang bahawa mereka memilih penghantaran tanpa sentuh dalam proses pemesanan makanan.
Oleh itu, makanan akan ditempatkan di lokasi “drop off” dan pelanggan akan diberitahu bahawa makanan mereka telah sampai.
Penunggang juga harus mengekalkan jarak sejauh 1 meter dari pelanggan dan pelanggan harus mengesahkan menerima pesanan yang dihantar.
Pengarah Urusan foodpanda Malaysia, Sayantan Das, berkata foodpanda juga menyediakan cecair pembasmi kuman tangan dan topeng muka secara percuma di hab penunggang.
"Semua penunggang juga diarahkan untuk mencuci tangan setiap dua jam dan setiap kali mereka selesai membuat satu penghantaran," katanya menerusi satu kenyataan pada Selasa.
Platform penghantaran makanan itu turut menyatakan komitmen mereka dalam menyokong semua penunggang, rakan restoran dalam berdepan dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang akan berlanjutan sehingga 31 Mac ini.
BACA: COVID-19: Perintah Kawalan Pergerakan meliputi 5 perkara ini
Selain foodpanda, Grab juga mengumumkan bahawa ia akan beroperasi seperti biasa untuk tempoh dua minggu yang akan datang.
Sebelum ini, Grab di Filipina sudah melaksanakan polisi penghantaran tanpa sentuh seumpamanya susulan penularan wabak COVID-19.
Pada Isnin, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru rakyat agar tidak panik dan sentiasa bertenang serta mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang akan dilaksanakan bermula 18 Mac hingga 31 Mac ini.
Isabelle Leong
Tue Mar 17 2020
Pelanggan boleh memaklumkan kepada penunggang bahawa mereka memilih penghantaran tanpa sentuh dalam proses pemesanan makanan. - gambar fail
Pesawat terhempas di Sungai Tanana, Alaska
Sebuah pesawat Douglas DC-4 telah terhempas di kawasan sungai di Fairbanks di negeri Alaska Amerika Syarikat pada Selasa.
Pelumba pertama F3 Vietnam terima sentuhan bekas pelumba Malaysia
Pelumba Vietnam Alex Sawer Hoang Dat akan bersaing untuk pasukan perlumbaan Finland KIC Evans GP dalam pertandingan Formula Tiga FRECA (F3) 2024.
Penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa tipu kurangkan kadar kompaun
Seorang penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa atas pertuduhan menipu seorang lelaki untuk membantu mengurangkan kadar kompaun.
Malaysia muncul destinasi utama pengembangan perniagaan di ASEAN - Kajian UOB
Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam ASEAN untuk diceburi perniagaan, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024 (PKS & Perusahaan Besar).
AWANI Ringkas: Faktor penyumbang tragedi helikopter terhempas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Proaktif perkasa Muay Thai
Sudah tiba masanya sukan Muay Thai diperkasa bagi melahirkan lebih ramai jaguh berkualiti untuk diketengahkan ke pentas antarabangsa.
Mesyuarat PAC 2024 MPOB teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan meneliti projek penyelidikan dan isu dalam industri sawit Malaysia.
Tidak tuntut nafkah, Adira faham keadaan Datuk Red
"Saya tidak mahukan apa-apa sebab saya tak nak susahkan lagi Datuk Red... dia pun tengah down. Kita doakan yang terbaik untuk dia."
Legenda badminton dunia berkumpul di Menara Eiffel
Chong Wei memberikan penghormatan khas kepada penganjur Perlawanan Paris 100 kerana menjemputnya ke perlawanan legenda badminton terbaik dunia.
Pengasas Mustika Ratu meninggal dunia pada usia 96 tahun
Pemergian Mooryati disifatkan kehilangan besar kepada Indonesia, khususnya dalam aspek pembangunan wanita, kecantikan dan kesihatan.
COVID-19: Foodpanda laksanakan penghantaran tanpa sentuh
Pelanggan boleh memaklumkan kepada penunggang foodpanda bahawa mereka memilih penghantaran tanpa sentuh dalam proses pemesanan makanan.