Malaysia perlu menangani banyak cabaran untuk membolehkan industri minyak sawit negara ini lebih berkembang pesat, kata Pengarah Eksekutif Oil World, Thomas Mielke.
Oil World ialah organisasi penyelidikan bebas terkemuka yang menyediakan unjuran, perangkaan dan analisis terhadap bekalan, permintaan dan harga dunia bagi semua minyak makan, minyak bijian dan lelemak haiwan utama dunia sejak 1958.
Mielke berkata berlaku kekurangan penanaman semula sawit, profil usia pokok merosot, kekurangan tenaga kerja dan pengehadan kawasan bagi penanam baharu, yang kesemuanya menghalang hasil minyak sawit daripada mencapai potensi penuh.
"Tahun ini menyaksikan lebihan minyak sawit namun menjelang 2020, kita akan mula mengalami kekurangan dan ini boleh berterusan kemudiannya," katanya kepada pemberita semasa Persidangan dan Pameran Unjuran Harga Minyak Sawit dan Minyak Laurik (POC) 2018 di sini, pada Rabu.
Mielke mengunjurkan pengeluaran minyak sawit di Malaysia, pengeluar minyak sawit kedua terbesar dunia, mencecah 20.76 juta tan pada 2018 berbanding 19.92 juta tan pada 2017, manakala pengeluaran dunia boleh mencapai 70.84 juta tan tahun ini sekali gus mendorong lebihan sebanyak tiga juta tan.
"Lebihan pengeluaran adalah sementara dan hanya berterusan sekiranya pengeluaran minyak sawit terus meningkat antara 2.8 juta tan dan 2.9 juta tan setiap tahun bagi tempoh dekad akan datang," katanya.
Mielke, bagaimanapun, percaya industri minyak sawit tidak dapat memenuhi keperluan dunia pada antara 2025 dan 2030.
"Apa yang berlaku ketika ini adalah aliran negatif dengan penggiat minyak sawit tidak berkembang.
"Sekiranya berleluasa, kita akan menyaksikan defisit bagi pengeluaran dunia berbanding penggunaan," katanya.
Beliau berkata profil usia pokok sawit semakin merosot manakala kekurangan tenaga kerja perlu ditangani.
POC 2018 merupakan persidangan antarabangsa terkemuka dalam industri minyak sawit dan minyak laukrik yang menghimpunkan golongan berkepentingan daripada industri minyak makan dengan tujuan membina rangkaian, pertukaran pandangan, penyelesaian dan aliran.
Acara tiga hari bermula 5 Mac itu dianjurkan Bursa Malaysia Bhd dan menarik 1,700 peserta.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 07 2018
Mielke mengunjurkan pengeluaran minyak sawit di Malaysia, pengeluar minyak sawit kedua terbesar dunia, mencecah 20.76 juta tan pada 2018 berbanding 19.92 juta tan pada 2017. - Gambar fail
PRK Kuala Kubu Baharu: Isu akademik, Khairul Azhari mahu fokus pilihan raya
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut enggan mengulas kontroversi melibatkan kelayakan akademiknya yang tular.
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Industri minyak sawit Malaysia perlu tangani cabaran - Oil World
Malaysia perlu menangani banyak cabaran untuk membolehkan industri minyak sawit negara ini lebih berkembang pesat, kata Pengarah Eksekutif Oil World, Thomas Mielke.