Kewangan Islam perlu kekal relevan dengan terlibat lebih proaktif dalam agenda global yang bertujuan membasmi kemiskinan dan ketidaksamaan, dan mengekal serta menambah baik kemakmuran dan kestabilan global, titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.
Baginda bertitah persamaan yang besar antara prinsip asas kewangan Islam dengan pelaburan memberi impak kepada sosial, menyediakan peluang yang amat besar bagi pasaran modal terutamanya untuk memanfaatkan pertumbuhan kukuh segmen pelaburan dan kewangan mampan yang meluas di seluruh dunia.
"Maqasid Syariah, yang sering dilihat sebagai menjadi asas bagi kewangan Islam seharusnya membentukasas bagi menstrukturkan pelan hala tuju strategik bagi pembangunan jangka panjang industri kewangan Islam," titah baginda pada sesi Perundingan Meja Bulat mengenai Kewangan Islam SC-OCIS, di sini, hari ini.
Forum itu yang bertemakan "Meningkatkan nilai pasaran modal Islam menerusi pelaburan memberi impak kepada sosial", dianjurkan bersama oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Oxford Centre for Islamic Studies (OCIS).
Sultan Nazrin juga bertitah ini merupakan pelan hala tuju yang membolehkan penggabungan isu-isu pembangunan mampan ke dalam pasaran modal, dengan mengambil kira cabaran pada hari ini tetapi tanpa mengkompromikan keupayaan generasi akan datang bagi memenuhi keperluan mereka sendiri.
Satu lagi peluang bagi menggabungkan kewangan Islam dengan objektif sosial dan alam sekitar adalah sifat dermawan, yang termasuk institusi sedekah dan wakaf.
"Inisiatif terbaharu dalam bidang ini memberi prospek baik bagi tinjauan kewangan sosial Islam.
"Pelancaran Sadaqa House oleh Bank Islam Malaysia awal tahun ini untuk memudahkan inisiatif kewangan sosial, merupakan pembangunan ketara dalam penggunaan kewangan Islam untuk mewujudkan impak sosial yang positif," titah baginda.
Justeru, apa yang penting untuk diketengahkan adalah hakikat bahawa ia mempunyai ciri-ciri tadbir urus yang perlu untuk meraih kepercayaan dan keyakinan awam, yang merupakan elemen mustahak untuk menarik penyertaan pemegang kepentingan secara meluas, dan bagi memastikan kemampanan inisiatif tersebut.
"Memandangkan aset waqaf ada tersedia di tempat-tempat yang berbeza di dunia ini, dan terutamanya sudah tentunya di negara-negara yang majoriti penduduknya Islam, terdapat potensi besar bagi waqaf terutamanya untuk menyokong atau malahan memacu pembangunan kewangan sosial Islam, bukan hanya di Malaysia tetapi juga di luar negara," titah Sultan Nazrin.
- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 24 2018
Sultan Nazrin bertitah, satu lagi peluang bagi menggabungkan kewangan Islam dengan objektif sosial dan alam sekitar adalah sifat dermawan, yang termasuk institusi sedekah dan wakaf. - Gambar fail
Ahli perniagaan rugi lebih RM100,000 akibat 'phone scam'
Pengadu lelaki tempatan berusia 55 tahun itu memaklumkan kerani syarikat miliknya ditipu oleh sindiket phone scam terbabit.
Fotofit suspek simbah asid sedang disiapkan - KPN
Menurut Razarudin, setakat ini, lebih 12 individu telah direkod keterangan.
[TERKINI] Malaysia mengalu-alukan resolusi UNGA
Malaysia mengalu-alukan penerimaan pakai Resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada Sidang Khas Darurat Kesepuluh yang disambung semula pada 10 Mei 2024.
Putrajaya dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, Malaysia bersama dengan 77 Negara Anggota, mengundi dan menyokong Resolusi itu, sejajar dengan pendiriannya yang tidak berbelah bahagi dan telah lama berpegang pada perjuangan Palestin.
Putrajaya dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, Malaysia bersama dengan 77 Negara Anggota, mengundi dan menyokong Resolusi itu, sejajar dengan pendiriannya yang tidak berbelah bahagi dan telah lama berpegang pada perjuangan Palestin.
Sebuah video serangan ke atas Israel dikeluarkan Hamas
Sebuah rakaman dikeluarkan Hamas pada Jumaat, mendakwa melakukan serangan ke atas tentera Israel di kawasan kejiranan di Bandar Gaza dan melepaskan bom di Beersheba, Israel.
Sebuah kenyataan pada video yang disiarkan di Telegram oleh Sayap Bersenjata Hamas, menunjukkan serangan ke atas sekumpulan penembak tepat Israel di selatan kejiranan Al-Zaytoun di Bandar Gaza dan pengeboman ke atas "bandar yang diduduki" Beersheba.
Sebuah kenyataan pada video yang disiarkan di Telegram oleh Sayap Bersenjata Hamas, menunjukkan serangan ke atas sekumpulan penembak tepat Israel di selatan kejiranan Al-Zaytoun di Bandar Gaza dan pengeboman ke atas "bandar yang diduduki" Beersheba.
[INFOGRAFIK] N.06 Kuala Kubu Baharu, calon PN, Khairul Azhari Saut
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan calon PN, Khairul Azhari Saut. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
PRK KKB: Berkerusi roda, bertongkat demi pilih wakil rakyat
Kerusi rodanya meluncur perlahan memasuki pusat pengundian selepas melakukan perjalanan 500 meter dari kediamannya.
[INFOGRAFIK] N0.6 Kuala Kubu Baharu, calon Perpaduan, Pan Sock Tao
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan calon Perpaduan, Pan Sock Tao. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
OpenAI dilapor bakal lancar pembantu maya mampu kenal objek, imej
Peranti seperti Rabbit AI dan Humane AI Pin didakwa mempunyai kemampuan yang sama tetapi gagal melakukannya dengan pantas atau konsisten.
Pasangan warga emas redah 200 km demi PRK Kuala Kubu Baharu
Abdul Rahim Bidin dan Noraini Mansor bergerak selepas subuh dan selesai membuang undi di SJKC Khing Ming sekitar jam 8.30 pagi.
Buletin AWANI Khas: Kuala Kubu Baharu memilih
Kewangan Islam perlu proaktif kurangkan kemiskinan, ketidaksamaan - Sultan Nazrin
Persamaan yang besar antara prinsip asas kewangan Islam dengan pelaburan memberi impak kepada sosial dan menyediakan peluang yang amat besar bagi pasaran modal.