Sudah tiba masanya bagi dasar pengembangan fiskal dilaksanakan sekarang bagi melindungi rakyat serta ekonomi yang terjejas akibat pandemik novel coronavirus 2019 (COVID-19), kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Malah, tegas beliau, Malaysia tidak terkecuali menghadapi kesukaran itu; setiap negara bertindak menyuntik dana ke dalam ekonomi masing-masing demi mengharungi cabaran tidak dijangkakan akibat penularan virus tersebut.
"Terdapat banyak (manfaat) yang boleh dilakukan oleh aspek pengembangan monetari ini. Sehubungan itu, dasar pengembangan fiskal itu menjadi kunci membantu rakyat dan ekonomi... apabila anda membantu rakyat dan industri, maka ekonomi itu akan meningkat," kata beliau dalam temu bual eksklusif dengan Bernama di Kementerian Kewangan di Putrajaya, pada Jumaat.
Setakat ini, Malaysia mencatatkan sejumlah 2,161 kes COVID-19 manakala angka kematian terkumpul adalah 26 orang manakala di peringkat global, lebih 460,000 kes jangkitannya disahkan di kira-kira 200 negara dengan jumlah kematian melepasi 21,000 orang.
Malaysia telah memulakan langkah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama empat minggu bermula 18 Mac lepas.
Namun di peringkat dunia, kerajaan negara-negara terbabit sama ada memilih sekatan pergerakan seperti Malaysia atau melaksanakan perintah berkurung sepenunhya dalam usaha membendung penularan virus tersebut.
Mengulas selanjutnya, Tengku Zafrul yang merupakan ahli perbankan sebelum menggalas tugas menerajui Kementerian Kewangan, berkata dasar pengembangan itu tidak bermakna kerajaan melangkaui kemampuannya walaupun defisit fiskal tahun ini diunjurkan dalam lingkungan 4.0 peratus.
"Berdasarkan apa yang berlaku pada hari ini (di peringkat global), menerusi gabungan rangsangan ekonomi dan kelembapan ekonomi, kita mengandaikan dapat mencatat defisit sekitar 4.0 peratus berbanding unjuran awal defisit Belanjawan 2020 pada 3.2 peratus (daripada Keluaran Dalam Negara Kasar),
"(Bagaimana pun) kita menumpukan aspek disiplin fiskal. Secara keseluruhannya, suntikan fiskal secara langsung (dalam pakej rangsangan ekonomi) adalah RM25 bilion; manakala lainnya daripada agensi kerajaan dan pihak berkaitan dalam ekosistem kerajaan," katanya ketika memperincikan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bernilai RM250 bilion yang diumumkan pada Jumaat.
Daripada jumlah itu, termasuk RM20 bilion dalam pakej yang diumumkan sebelum ini, kerajaan akan menyalurkan sejumlah RM128 bilion bagi melindungi kebajikan rakyat, RM100 bilion bagi menyokong perniagaan termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan RM2 bilion bagi memperkukuh ekonomi negara.
"Apa yang bagus mengenai negara ini adalah kedudukan fiskal kita yang amat kukuh.
"Kita memperoleh wang secara dasarnya daripada dana yang kita ada dalam kerajaan dan beberapa pinjaman. Semua pinjaman adalah daripada tempatan kerana adanya mudah tunai yang lebih daripada cukup," katanya.
Tengku Zafrul, yang baru sahaja mengambil alih portfolio itu dalam tempoh 17 hari lepas juga berkata tiada pinjaman dibuat untuk membiayai perbelanjaan mengurus.
"Tumpuan kita adalah menguruskan ekonomi ini secara bertanggungjawab. Satu perkara yang kita amat tekankan adalah disiplin fiskal," katanya.
Elemen itu, digabungkan bersama kedudukan mudah tunai yang amat kukuh, memastikan kerajaan dapat menyediakan peruntukan menerusi pakej rangsangan ekonomi.
Dalam perkembangan yang sama, Tengku Zafrul berkata buat masa ini Belanjawan 2020 tidak perlu diubah suai.
"Beberapa projek besar perlu diteruskan, malah kini lebih banyak lagi untuk memacu ekonomi ini. Bagi mempercepatkan usaha tersebut kita telah memaklumkan semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk terus membuat perbelanjaan dan bergerak pantas.
"Sekiranya kita menggabungkan semua perbelanjaan modal GLC ia berjumlah kira-kira RM30 bilion untuk memacu dan merangsangkan ekonomi ini," katanya
Tengku Zafrul juga menekankan walaupun kedudukan fiskal masih baik, namun kerajaan juga perlu menunjukkan hasil daripada suntikan modal tersebut.
Kuncinya adalah pelaksanaan dan penyampaian -- memberi wang kepada golongan rakyat yang tepat untuk mereka membelanjakan wang tersebut sekali gus merangsangkan ekonomi.
Kementerian Kewangan menerusi Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (Laksana) akan memantau dan memastikan pakej PRIHATIN RM250 bilion mencapai semua golongan itu.
Pakej ini juga menumpukan pengekalan pekerjaan dan menyediakan sokongan yang cukup untuk tempoh enam bulan akan datang.
Namun, untuk memastikan semua yang dirancang ini berhasil, semua pihak perlu memastikan seluruh rakyat kekal berada di rumah untuk dua minggu akan datang, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 27 2020
TENGKU ZAFRUL: Tumpuan kita adalah menguruskan ekonomi ini secara bertanggungjawab. Satu perkara yang kita amat tekankan adalah disiplin fiskal. --fotoBERNAMA
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.