Datuk Muhammad Ibrahim dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia untuk tempoh lima tahun mulai 1 Mei.
Pengumuman itu dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam satu kenyataan media hari ini.
"Saya yakin di bawah kepimpinan Datuk Muhammad, Bank Negara Malaysia akan meneruskan sumbangannya dalam membantu kerajaan, memberi nasihat dan pandangan bagi memacu perkembangan ekonomi negara, serta mentadbir dasar monetari dan mengawal selia industri kewangan negara, termasuk juga meneruskan usaha Bank Negara Malaysia membangunkan industri kewangan dengan sewajarnya," kata Najib.
Pelantikan beliau adalah bagi menggantikan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang tamat kontrak pada hujung bulan ini.
BACA: Janji Gabenor Bank Negara Malaysia baru
Najib, yang juga Menteri Kewangan, merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Zeti di atas sumbangan beliau sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai Gabenor Bank Negara yang ketujuh.
Muhammad, 56, menyertai Bank Negara pada 1984 dan menjadi Timbalan Gabenor sejak Jun 2010.
Beliau bertanggungjawab memantau pengurusan rizab antarabangsa dan pasaran kewangan serta operasi tukaran asing.
Beliau juga pernah berkhidmat di bahagian pemantauan perbankan dan kawal selia insurans dan perbankan luar pesisir.
Muhammad sebelum itu memegang jawatan Pengarah Urusan Danamodal Nasional Bhd, sebuah agensi permodalan bank yang dibangunkan sewaktu krisis kewangan Asia.
Beliau juga mempunyai ijazah Sarjana dari Harvard University.
BACA: Zeti nafi letak jawatan, kekal Gabenor hingga April 2016
Astro Awani
Wed Apr 27 2016
Pelantikan Muhammad sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia yang kelapan berkuatkuasa 1 Mei ini. - fotoBERNAMA
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Nahas helikopter Lumut: Jasad Sivasutan selamat disemadikan
Jasad mendiang turut diberikan kawalan kehormat oleh 14 pegawai dan anggota TLDM sebagai penghormatan terakhir.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, pada Rabu.
Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan - Gabenor Bank Negara
Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan bertunjangkan aktiviti berorientasikan domestik dan disokong keadaan pasaran buruh dan pelaburan menjelang tahun depan.
Gabenor BNM: Abdul Rasheed sinonim kepada pengalaman dan pengetahuan luas - Ahli Ekonomi
Gabenor BNM yang baharu, Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour, bukan orang baharu dalam badan berkanun itu.
Abdul Rasheed calon tepat, paling sesuai jadi Gabenor BNM - Bekas Gabenor
Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour adalah calon yang tepat dan paling sesuai untuk menjadi peneraju bank pusat negara, kata bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Muhammad Ibrahim.
Langkah keselamatan ketat perlu, jamin keselamatan pengguna - Gabenor Bank Negara
Biarpun langkah kawalan akan menjadikan urusan perbankan dalam talian lebih rumit, ia perlu bagi melindungi kepentingan pelanggan.
Skim Beli Sekarang Bayar Kemudian: BNM gubal Akta Kredit Pengguna tahun depan
Bank Negara Malaysia (BNM) akan menggubal Akta Kredit Pengguna pada 2022 bertujuan mengukuhkan pengaturan kawal selia.
Nilai ringgit bertambah 0.9 peratus sejak 1 Oktober - Bank Negara
Ia sejajar dengan trend mata wang serantau yang lain dan katanya, ringgit terus disokong oleh prospek dalam negara yang lebih baik susulan pembukaan semula ekonomi dan kenaikan harga komoditi.
Pertumbuhan ekonomi suku pertama susut mendadak akibat COVID-19
Ekonomi Malaysia susut kepada 0.7 peratus pada suku pertama tahun ini berbanding 4.5 peratus yang direkodkan pada suku sama tahun sebelumnya.
"Nor Shamsiah gabenor yang hebat" - Lagarde
Nor Shamsiah telah melakukan perkara yang benar-benar dalam jangkaan, dan keperluan IMF, terutamanya dalam menstabilkan kewangan negara.
Bank Negara dedahkan 1MDB didenda RM15 juta
Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan denda sebanyak RM15 juta terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Bank Negara keluar tiga wang kertas edisi terhad
BNM mengeluarkan tiga wang kertas edisi terhad khas sempena sambutan ulang tahun ke-60 Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.