awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China larang pemegang pintu tersembunyi pada EV demi aspek keselamatan
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakej rangsangan ekonomi diumumkan selewat-lewatnya pada awal Mac

Bernama
Bernama
12/02/2020
01:10 MYT
Pakej rangsangan ekonomi diumumkan selewat-lewatnya pada awal Mac
Kementerian Kewangan akan menentukan anggaran tempoh penularan koronavirus untuk menentukan jumlah pakej rangsangan ekonomi.
Pakej rangsangan yang dicadangkan untuk meningkatkan ekonomi tempatan akan diumumkan pada akhir Februari atau awal Mac untuk mengurangkan impak berikutan penularan novel koronavirus 2019, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Beliau berkata Kementerian Kewangan (MoF) telah mengadakan mesyuarat selama tiga jam pada Isnin dengan penggiat industri tempatan untuk mendapatkan input, dan siri mesyuarat yang selanjutnya dengan perniagaan tempatan akan turut diadakan.
"Kami perlu mendapatkan input daripada semua pihak," katanya ketika ditanya mengenai pakej rangsangan ekonomi selepas mengumumkan perluasan Skim Perlindungan Kesihatan Masyarakat, mySalam, di sini pada Selasa.
Turut hadir Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, timbalannya Dr Lee Boon Chye dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah.
VIDEO: Pakej rangsangan ekonomi ambil kira hubungan baik dengan China
BACA: Kerajaan setuju perkenal pakej rangsangan ekonomi tangani impak koronavirus
VIDEO: Pakej rangsangan ekonomi ambil kira hubungan baik dengan China
Pada Ahad, Lim berkata MoF akan menentukan anggaran tempoh penularan koronavirus untuk menentukan jumlah pakej rangsangan ekonomi.
Tun Dr Mahathir Mohamad pada Isnin berkata, kerajaan sedang mempertimbangkan untuk melancarkan pakej rangsangan ekonomi bagi meningkatkan ekonomi tempatan berikutan cabaran yang dihadapi akibat daripada penularan pantas koronavirus.
Perdana Menteri berkata industri pelancongan merupakan sektor yang paling terjejas akibat daripada penularan virus itu kerana ia mempunyai kesan langsung terhadap kempen Tahun Melawat Malaysia 2020.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#COVID-19
#industri
#input
#Kementerian Kewangan
#kesan langsung
#koronavirus
#Lim Guan Eng
#mesyuarat
#novel koronavirus 2019
#pakej rangsangan ekonomi
#pelancongan
#penularan
#perniagaan
#tempoh penularan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan