Prestasi ringgit yang mengukuh secara ketara berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, dipengaruhi kebanyakannya oleh faktor luaran khususnya pendirian Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) yang memihak kepada kadar faedah rendah.
Menurut penganalisis mata wang, selain jangkaan bahawa Fed akan menangguhkan kitaran pengawalan kadarnya pada 2019, faktor lain yang turut mendorong pengukuhan ringgit adalah kenaikan harga minyak serta peningkatan sentimen optimis terhadap rundingan dagangan Amerika Syarikat-China.
Penganalisis Penyelidikan FXTM, Lukman Otunuga berkata minit-minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Fed yang menunjukkan pendirian yang memihak kadar faedah lebih rendah itu juga telah memacu sentimen belian terhadap ringgit yang ditutup pada paras 4.0950/1000 berbanding dolar AS hari ini (Khamis) daripada 4.1130/1160 sewaktu ditutup Rabu.
"Walaupun sentimen positif pasaran kekal mendorong mata wang negara sedang pesat membangun seperti ringgit, faktor risiko geopolitik sebaliknya dilihat menjadi satu cabaran bagi tempoh-tempoh selepas ini," katanya kepada Bernama.
Malah, kata Otunuga, kebimbangan pelabur terhadap prestasi pertumbuhan global serta ketidaktentuan politik di Washington juga menyaksikan ringgit sepertimana mata wang negara sedang pesat membangun lainnya dalam kedudukan yang sukar ditentukan.
"Dari segi teknikal, ringgit/dolar AS dilihat boleh menguji paras 4.088 sekiranya ia dapat ditutup pada di bawah 4.100 pada akhir minggu ini," katanya.
Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid percaya pemacu utama ialah Fed.
"MInit mesyuarat FOMC yang dikeluarkan semalam menunjukkan Fed memihak kepada kadar faedah rendah berhubung prospek kadar faedah yang lebih tinggi pada tahun ini.
"Malah, Presiden Fed Atlanta Raphael Bostic berpendapat kemungkinan terdapat satu lagi kenaikan kadar pada tahun ini, menunjukkan Fed mula menyedari mengenai mengetatkan dasar monetari.
"Ini memberi sokongan kepada mata wang pasaran sedang pesat membangun, termasuk ringgit, berikutan peserta pasaran lebih cenderung kepada aset berisiko," katanya kepada Bernama.
Beliau juga berkata perbincangan antara AS dan China mengenai perdagangan berjalan dengan lancar, memberi keyakinan kepada mata wang pasaran sedang pesat membangun.
Sementara itu, Moody's Investors Service, menyaksikan cabaran fiskal yang semakin meningkat di Malaysia dengan pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan pengenalan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
Dalam media webcast, bersempena dengan laporan Moody's bertajuk 'Sovereigns - Asia Pacific 2019 Outlook' yang dikeluarkan hari ini, Naib Presiden dan Penganalisis Kanan Sovereign Risk Group Anushka Shah berkata pemansuhan GST dengan pelaksanaan SST yang lebih rendah akan mengurangkan asas cukai kerajaan.
Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata tidak dinafikan negara pada hari ini bergelut dengan masalah fiskal kerana hutang negara daripada pentadbiran terdahulu tetapi sistem kewangan negara dapat dikembalikan ke landasan yang betul dengan inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan.
"Namun, pada masa sama, kita perlu lebih berhemah dalam perbelanjaan untuk memastikan ketelusan dan kebertanggungjawaban.
"Kita juga perlu menjamin prinsip nilai untuk wang dan sistem pembidaan terbuka," katanya kepada pemberita pada majlis High Tea dan Penyampaian Sumbangan Kemasyarakatan hari ini.
Beliau berkata agensi penarafan antarabangsa akan mengekalkan penarafan baik negara selepas melihat kesungguhan kerajaan dalam memulihkan ekonomi.
Bagi menarik pelaburan asing ke negara ini, perlu ada sistem dan tadbir urus yang baik, kata Azmin.
"Itu sebabnya perdana menteri sendiri memimpin usaha untuk memerangi rasuah secara besar-besaran dan memperkenalkan beberapa inisiatif untuk menunjukkan kerajaan Pakatan Harapan terbuka dan telus dalam menentang rasuah. Ini akan dapat mengembalikan keyakinan pelabur untuk mengekalkan Malaysia sebagai destinasi pelaburan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 10 2019
Dari segi teknikal, ringgit/dolar AS dilihat boleh menguji paras 4.088 sekiranya ia dapat ditutup pada di bawah 4.100 pada akhir minggu ini. - Gambar hiasan
AirAsia yakin mampu harungi pergerakan mata wang tidak menggalakkan, kenaikan harga bahan api
AirAsia yakin mampu tangani kenaikan harga bahan api dan pergerakan mata wang tidak menggalakkan yang berpanjangan, yang terus meningkatkan cabaran global.
JPN pergiat masuk pedalaman kampung Orang Asli, daftar sijil kelahiran, MyKad
JPN mempergiatkan inisiatif memasuki kawasan pedalaman Orang Asli bagi mengurangkan kelewatan daftar kelahiran dan MyKad komuniti itu.
Semakan gaji penjawat awam adalah wajar untuk hadapi inflasi - Ahli ekonomi
Semakan gaji penjawat awam adalah munasabah, sudah lama tertunggak dan wajar untuk menghadapi inflasi, kata seorang ahli ekonomi.
Isu terpalit FAM tak jejas Harimau Malaya - Faisal
Faisal sifatkan barisan pemain skuad kebangsaan tidak terjejas dengan isu yang terpalit Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) baru-baru ini.
Kenaikan gaji: Tingkat produktiviti, kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat - KPPA
Semua anggota perkhidmatan awam perlu meningkatkan produktiviti dan kecekapan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat seiring pengumuman kenaikan gaji.
Johor bakal anjur acara sukan bertaraf antarabangsa
Kerajaan Johor akan menganjurkan beberapa acara bertaraf antarabangsa tahun ini dalam menjadikan negeri itu sebagai destinasi pelancongan sukan.
Turkiye sertai Afrika Selatan tuduh Israel di ICJ
Turkiye akan menyerahkan pengisytiharan campur tangan rasmi kepada ICJ dengan objektif membantu mempercepatkan tindakan ke atas Israel.
Asmaa berjalan kaki berjam lamanya demi roti
Situasi di Gaza jauh berbeza dengan tempat-tempat lain. Bangunan musnah, ditambah ketiadaan sumber asas - tempat tinggal, bekalan air serta makanan...pastinya terlintas di fikiran bagaimana kehidupan seharian mereka di saat nyawa sentiasa menjadi ancaman. Menyelami kehidupan masyarakat Palestin di Gaza, ada yang terpaksa berjalan berjam-jam lamanya ke satu tempat untuk mendapatkan alas perut buat keluarga.
'Puluhan ribu gugur terkena mesin perang Zionis'
Masa yang sepatutnya diguna untuk meraikan sambutan Hari Pekerja Sedunia diganti dengan himpunan untuk menunjukkan tanda bersolidariti dengan rakyat Palestin. Itu yang berlaku di Tunisia yang mana ribuan rakyatnya berhimpun di ibu negara Tunis sebagai tanda sokongan terhadap penduduk Gaza dengan memanggil himpunan sebagai 'May Day'.
Lebuh raya runtuh, 24 maut
Menurut CCTV, pihak berkuasa China menghantar kira-kira 500 anggota penyelamat ke lokasi insiden.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.7700/7750 berbanding dolar AS 4.7650/7700 ketika ditutup pada Isnin.
CapCut juga mungkin akan diharamkan di Amerika Syarikat
Menurut laporan The Washington Post, Amerika Syarikat turut akan memerlukan CapCut dijual untuk terus beroperasi di negara mereka.
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
Bytedance enggan jual TikTok di Amerika Syarikat
BYTEDANCE kini mengatakan mereka tidak akan menjual perniagaan TikTok di Amerika Syarikat (AS).
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Malaysia sebuah negara selamat, Kedutaan AS respon tohmahan dangkal profesor pro-Israel
Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Prof Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah sebuah negara tidak selamat dilawati.
TikTok akan saman AS jika dipaksa jual atau dihalang akses
Bytedance dijangka akan melihat kepada pelbagai perkara termasuk melawan di mahkamah sebelum membuat keputusan untuk menjual atau sebagainya.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
AS: Dua maut, enam cedera dalam kejadian tembakan di Memphis
Sekurang-kurangnya dua orang maut dan enam lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah parti di Memphis, Tennessee.
Seorang maut, tujuh hilang helikopter tentera Jepun terhempas
Ketika ini punca kejadian tidak diketahui, namun kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa.