awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKS harus lebih terbuka menerima TPPA

Pritha Manivannan
Pritha Manivannan
04/02/2016
08:13 MYT
PKS harus lebih terbuka menerima TPPA
Antara perkara yang perlu diberi fokus oleh PKS ialah peningkatan produktiviti. - Gambar hiasan/Bernama
Perniagaan Kecil Sederhana (PKS) harus menukar cara pemikiran dan menjadi lebih terbuka dalam menerima TPPA.
Menurut Pengerusi Persatuan PKS, Michael Kang Hua Keong, PKS juga harus memberi fokus dalam pembangunan kapasiti untuk bersaing di pasaran global.
Michael berkata persatuannya akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk menyediakan program yang sesuai bagi pembangunan kapasiti PKS.
“
Kadar produktiviti Malaysia kurang berbanding Amerika Syarikat dan Singapura.
”
- Michael Kang Hua Keong
"Kami sudahpun berbincang dengan MITI dan SME Corp, kami akan membuat beberapa program yang akan mengenal pasti PKS yang boleh memasuki pasaran antarabangsa terutamanya negara ASEAN dan TPPA.
"Kami akan membantu mereka supaya berupaya menerokai pasaran antarabangsa secara berperingkat dalam masa tiga hingga lima tahun," kata Michael.
Menurut Michael, antara perkara yang perlu diberi fokus oleh PKS ialah peningkatan produktiviti, supaya PKS Malaysia akan lebih berdaya saing dan dapat menerokai pasaran global dengan mudah.
"Kadar produktiviti Malaysia kurang berbanding Amerika Syarikat dan Singapura.
"Jika kita menyertai TPPA, kerajaan akan melatih pekerja PKS dan syarikat PKS menjadikan proses lebih moden dan meningkatkan kemahiran pekerja supaya dapat menyamai tahap antarabangsa," kata beliau.
Pada 2014, terdapat 645,000 PKS yang berdaftar di Malaysia, dan daripada jumlah itu, hanya 17.8 peratus menerokai pasaran antarabangsa.
Michael yakin jumlah ini akan meningkat susulan pemeteraian TPPA.
BACA: 12 negara termasuk Malaysia meterai Perjanjian Perdagangan Trans-Pasifik
Topic Berkaitan
#Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
#Michael Kang Hua Keong
#MITI
#Pengerusi Persatuan PKS
#Perniagaan Kecil Sederhana
#PKS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan