SHAH ALAM: Selangor mencatatkan prestasi yang menggalakkan dengan nilai pelaburan yang lebih tinggi direkodkan bagi tempoh Januari hingga Jun 2021 iaitu sebanyak RM4.64 bilion, berbanding RM3.39 bilion yang direkodkan bagi tempoh yang sama 2020.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari memberitahu Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini bahawa jumlah projek pekilangan yang diluluskan adalah sama bagi tahun ini dan tahun lepas iaitu sebanyak 122 projek.
Beliau berkata menurut data Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sebanyak 9,179 peluang pekerjaan dihasilkan bagi tempoh Januari hingga Jun 2021 yang merangkumi RM4.06 bilion pelaburan tempatan dan RM576.98 juta pelaburan asing, berbanding 5,001 peluang pekerjaan dijanakan bagi tempoh yang sama 2020, termasuk RM1.82 bilion pelaburan tempatan dan RM1.55 bilion pelaburan asing.
Beliau berkata demikian di Persidangan Keempat Dewan Negeri Selangor Ke-14 bagi menjawab soalan Mohd Najwan Halimi (PH-Kota Anggerik) yang bertanya mengenai impak COVID-19 kepada prestasi pelaburan Selangor.
"Agensi penggalakan pelaburan negeri iaitu Invest Selangor sentiasa melaksanakan pelbagai program dalam usaha memastikan Selangor kekal relevan dan sentiasa diyakini oleh pelabur sebagai destinasi pelaburan mereka," katanya.
Selain strategi khusus seperti Pelan Tindakan Industri Aeroangkasa Selangor dan Pelan Tindakan Bioteknologi Selangor, Amirudin berkata kerajaan negeri turut melaksanakan program Selangor International Business Summit Hybrid 2022 (SIBS 2022) yang mempunyai komponen-komponen Selangor International Expo (F&B);
"Dalam membantu merancakkan pembangunan ekonomi serta perlaksaaan projek oleh pihak swasta, kerajaan negeri juga telah meluluskan cadangan penubuhan sebuah Jawatankuasa Petugas Khas Projek Pembangunan Selangor Golden Triangle (SGT).
"Dalam melaksanakan agenda pemakmuran negeri dan peningkatan kualiti hidup rakyat pula, kerajaan negeri menubuhkan Majlis Industri Rel Selangor yang akan memberikan tumpuan khusus terhadap pembangunan industri rel di Selangor," katanya.
Dalam hasrat untuk menyediakan kawasan perindustrian yang kondusif dan selesa kepada pelabur, Amirudin berkata kerajaan negeri telah mewujudkan Garis Panduan Cadangan Pembangunan Taman Perindustrian berkonsepkan Managed Industrial Park (MIP).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 29 2021
Amirudin memberitahu Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini bahawa jumlah projek pekilangan yang diluluskan adalah sama bagi tahun ini dan tahun lepas iaitu sebanyak 122 projek. - Gambar fail
Kes cubaan bunuh digugur, keluarga mohon penjelasan AGC
Ahli keluarga kepada bekas anggota polis, Koperal Muhamad Khairul Syafiq Ahmad yang lumpuh selepas dilanggar sewaktu bertugas mengejar penjenayah meminta penjelasan Jabatan Peguam Negara (AGC) susulan kes cubaan membunuh dibawah Seksyen 307 kanun keseksaan digugurkan.
Mengambil manfaat daripada kisah lampau menerusi ziarah luar
Beberapa kepentingan Ziarah Luar termasuk mengambil pengajaran tentang sirah atau sejarah Rasulallah untuk dimanfaat secara bersama dalam konteks hari ini diterapkan semasa program Ziarah Luar yang dirangka Tabung Haji kepada petugas yang menjalankan operasi sempena musim haji tahun ini, 1445H/2024M.
Polis buru dua suspek kes tembak di Pasir Mas
Polis sedang memburu dua suspek disyaki terlibat dalam kes tembakan di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas, Kelantan pada awal pagi Sabtu.
Kedudukan Malaysia perlu dilihat secara menyeluruh
Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang disiarkan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) mengenai kedudukan terkini Malaysia perlu dilihat dalam konteks yang menyeluruh.
MB zahir terima kasih atas komitmen PM bangunkan Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan di atas kesediaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendengar dan meluluskan permintaan Kedah berkaitan projek-projek pembangunan di negeri ini.
PM arah TPM cari solusi tingkat pelajar TVET
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut meminta TPM, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mencari jalan penyelesaian dalam menangani kekurangan pelajar TVET bagi memeuhi permintaan industri berteknologi tinggi.
Masalah di Kedah selesai dalam tempoh dua bulan- PM
Kerajaan Persekutuan memberikan komitmen untuk menoktahkan masalah miskin tegar membabitlan 2,500 keluarga di negeri Kedah dalam tempoh dua bulan.
China padam impian Malaysia beraksi di pentas final
Hasrat Malaysia untuk menamatkan kemarau 32 tahun menjulang Piala Thomas tidak kesampaian apabila tewas kepada tuan rumah China, 1-3 dalam aksi suku akhir edisi 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 4 Mei 2024.
14 terkorban, banjir dan tanah runtuh di Sulawesi Selatan
Pasukan mencari dan menyelamat kebangsaan Indonesia (Basarnas) mengesahkan 14 terkorban susulan banjir dan tanah runtuh yang melanda Kabupaten Luwu di wilayah Sulawesi Selatan pada Jumaat.
Selangor catat RM4.64 bln pelaburan dari Jan hingga Jun 2021 - Amirudin
Selangor mencatatkan prestasi yang menggalakkan dengan nilai pelaburan yang lebih tinggi direkodkan bagi tempoh Januari hingga Jun 2021 iaitu sebanyak RM4.64 bilion.