Serangan Penafian Perkhidmatan Teragih (DDos) terus kekal menjadi ancaman kepada perniagaan selepas satu serangan besar-besaran yang mencatatkan rekod baharu, kata laporan sukuan terbaharu yang diterbitkan oleh Akamai Technologies Inc.

Dalam Suku Pertama 2016 Keadaan di Internet - Laporan Keselamatan, Akamai mendapati bahawa perniagaan global, khususnya dalam ekonomi pesat seperti Malaysia dan negara-negara Asia Tenggara, sedang berhadapan dengan ancaman yang semakin meningkat yang memerlukan mereka untuk mempercepatkan keupayaan bagi mengurangkan kesan serangan itu.

"Sektor yang terus menjadi fokus utama serangan adalah seperti perkhidmatan kewangan, perisian, teknologi, media, hiburan, aset sektor awam, pendidikan, internet, aset telekomunikasi, peruncitan, perjudian, hotel dan penyedia perkhidmatan perjalanan," katanya.

Laporan tersebut menyediakan gambaran yang terperinci mengenai landskap ancaman keselamatan awan global serta analisis yang mendalam dan gambaran ke dalam aktiviti berniat jahat yang dilihat merentasi platform pintar Akamai.

Laporan itu memetik penemuan utama dalam serangan DDoS yang berlaku semasa suku tahunan di bawah kajian.