Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) telah pun dipersetujui oleh Malaysia bersama 11 lagi negara lain, dalam satu mesyuarat Menteri-menteri negara terlibat di Atlanta, Amerika Syarikat, bermula minggu lalu.
Selain dari Malaysia, negara anggota yang terlibat dalam rundingan TPPA ialah Amerika Syarikat, Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam.
TPPA yang merangkumi perdagangan bebas melibatkan 40 peratus ekonomi dunia itu hanya akan berkuatkuasa selepas Parlimen kesemua negara yang terbabit dalam rundingan itu meluluskannya.
VIDEO: Persetujuan dicapai dalam rundingan TPPA
Mari kita fahami serba sedikit apa itu TPPA.
Apa itu TPPA?
Ia merupakan perjanjian perdagangan bebas yang komprehensif merangkumi pelbagai skop seperti perolehan kerajaan, buruh, alam sekitar dan syarikat milik kerajaan.
Siapa yang terbabit?
11 negara terlibat ialah Malaysia, Australia, Brunei Darussalam, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, dan Vietnam, selain Amerika Syarikat.
Negara-negara ini mengeluarkan 40 peratus jumlah KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) dunia bernilai AS$107.5 trilion (RM470 trilion), 26 peratus daripada jumlah dagangan dengan kira-kira 793 juta pengguna.
Pasukan perunding Malaysia diketuai oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamad dan dianggotai oleh wakil daripada lebih 20 kementerian dan agensi.
Kenapa TPPA ditubuhkan?
Untuk menyediakan ruang dagangan sebebas mungkin dari mana-mana tarif, di samping mewujudkan set kuota perdagangan timbal balik.
TPPA merangkumi pelbagai barangan dan perkhidmatan, termasuk kewangan, telekomunikasi, malah tahap piawaian keselamatan makanan.
Manfaat
VIDEO: Penyertaan Malaysia pada TPPA mampu beri manfaat
1. Meningkatkan eksport dan pertumbuhan ekonomi, sekaligus meningkatkan jumlah pekerjaan di negara terbabit.
2. Akses pasaran yang lebih besar bagi Malaysia dengan negara-negara yang Malaysia tidak mempunyai FTA iaitu Amerika Syarikat (AS), Kanada, Mexico dan Peru.
3. Perjanjian ini juga dikatakan mampu meningkatkan taraf ekonomi dan pendapatan rakyat, kerana ia mengandungi peruntukan-peruntukan yang membela kebajikan pekerja, termasuk berkaitan kadar gaji minimum yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan.
4. Bagi pasaran ini, di antara 2,000 hingga 4,000 tarif akan dihapuskan termasuk bagi produk di mana Malaysia mempunyai kepentingan eksport seperti produk elektrik dan elektronik (E&E), kayu dan produk kayu; tekstil; plastik dan produk plastik,minyak sawit dan produk minyak sawit.
5. Perjanjian TPP juga akan menawarkan lebih banyak pilihan kepada pengguna serta input yang lebih murah untuk kegunaan industri.
BACA: Rundingan TPPA pertimbang kebimbangan, sensitiviti Malaysia - Mustapa
BACA: Jangan tergesa-gesa tandatangani TPPA - MMA
BACA: TPPA: Apakah faedah, apa kosnya, dan apa yang kita rugi?
Kebimbangan rakyat
1. Kedaulatan negara: Perjanjian TPP tidak menghalang Kerajaan daripada menggubal dan melaksanakan objektif dasar-dasar awam, terutamanya berkaitan keselamatan negara, kesihatan awam, alam sekitar dan kebajikan.
2. Harga ubat-ubatan akan naik secara mendadak: Klausa perlindungan paten dalam Perjanjian TPP ini tidak banyak berbeza dengan peraturan yang sedia ada di Malaysia. Di bawah Perjanjian TPP, negara-negara yang terlibat hanya perlu melanjutkan perlindungan paten sekiranya terdapat kelewatan.
3. Perjanjian TPP dirundingkan secara rahsia: Hanya teks rundingan sahaja yang tidak boleh didedahkan kepada umum. Sehingga kini, isu-isu dalam rundingan TPP telah dibincangkan secara terbuka bersama pihak-pihak berkepentingan.
4. Dominasi AS: Rundingan TPP bukan samata-mata mengenai AS sahaja kerana, selain Malaysia, terdapat 11 negara lain yang turut menyertai rundingan ini. Maka keputusan dalam rundingan ini akan dibuat secara kolektif dengan mengambil kira kepentingan semua negara terlibat.
5. Sekiranya tidak menyertai TPP: Malaysia akan mengalami kerugian kerana pelabur mungkin akan memilih untuk melabur di negara-negara yang menyertai TPP bagi menikmati akses pasaran yang lebih baik.
Madiha Abdullah
Tue Oct 06 2015
Mari kita fahami serba sedikit apa itu Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA)
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
TPPA: 5 perkara untuk difahami
5 isi penting untuk anda memahami apa itu TPPA.