Seramai 13 orang terbunuh apabila sebuah helikopter membawa seorang menteri kabinet negara itu terhempas ketika dalam penerbangan ke pusat gempa di selatan Mexico, semalam.

Menteri Dalam Negeri, Alfonso Navarrete dan gabenor Oaxaca, Alejandro Murat pada ketika itu sedang dalam perjalanan meninjau lokasi kejadian gempa sebelum helikopter yang dinaiki terhempas.

Kedua-dua mereka bagaimanapun terselamat. Navarette memaklumkan, helikopter milik tentera itu hilang kawalan pada ketinggian 40 meter ketika kendak mendarat.

Dalam insiden itu, lima wanita, empat lelaki dan tiga kanak-kanak maut manakala seorang lagi mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

BACA: Gempa bumi 7.2 magnitud gegar selatan Mexico

Satu gempa bumi berukuran 7.2 magnitud telah menggegarkan ibu kota negara Mexico dan Oaxaca, pada Jumaat.

Kajian Geologi Amerika Syarikat memaklumkan pusat gempa berkenaan terletak 53km timur laut Pinotepa di Oaxaca.