Sekurang-kurangnya 50 orang cedera, manakala enam lagi dilaporkan parah apabila dua kereta api bertembung di Dusseldorf, Jerman.

Dalam insiden kira-kira jam 8 malam Selasa itu, sebuah kereta api yang membawa 150 penumpang, bertembung dengan sebuah lagi kereta api yang sarat dengan muatan kargo.

Pihak bomba dan penyelamat sedang giat mengeluarkan penumpang yang dilaporkan masih terperangkap dekat stesen Meerbusch-Osterath.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Punca kejadian masih disiasat.