Tutup

Berita  | Dunia

90 restoran kopi termasuk jenama terkemuka disaman kerana guna bahan kimia

90 restoran kopi termasuk jenama terkemuka disaman kerana guna bahan kimia
Bahan terlarang terbabit adalah sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai acrylamide, ia digunakan bagi memanggang biji kopi panggang yang unuk mendapatkan hasil kopi yang bermutu. - Gambar hiasan
LOS ANGELES: Mahkamah Tinggi Los Angeles menetapkan arahan terbaharu kepada restoran yang menyediakan hidangan kopi agar meletakkan amaran kanser di setiap premis mereka.

Peintah baharu itu dibuat susulan saman yang dikemukakan sebuah badan bukan kerajaan NGO terhadap 90 buah restoran kopi di California.
Menurut pendakwaan sebelum ini, restoran-restoran terbabit dikatakan telah melanggar undang-undang syarikat California kerana mencampurkan bahan terlarang ke dalam minuman mereka dan tidak meletakkan amaran kanser tersebut.

Bahan terlarang terbabit adalah sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai acrylamide, ia digunakan bagi memanggang biji kopi untuk mendapatkan hasil kopi yang bermutu.
Dalam keputusan yang dibuat pada Rabu lalu itu, Hakim Mahkamah Tinggi Los Angeles Elihu Berle menetapkan beberapa syarikat minuman berasaskan kopi terkemuka, termasuk jenama-jenama lain didapati telah gagal menunjukkan bukti bahawa tiada risiko yang ketara daripada penggunaan bahan berkenaan di dalam produk mereka.

Kesemua syarikat terbabit bagaimanapun diberikan tempoh sehingga 10 April depan bagi mengemukakan bantahan.

Tuntutan terbabit difailkan pada tahun 2010 oleh Majlis Pendidikan dan Penyelidikan Mengenai Toksik (CERT). Ia menetapkan denda sebanyak AS$2,500 bagi seorang pelanggan yang telah meminum kopi sejak tahun 2002 di premis tertuduh di California.

Sebarang hukuman sivil, yang akan diputuskan dalam fasa ketiga perbicaraan itu nanti dilihat boleh menjadi isu besar California, yang mempunyai penduduk hampir 40 juta orang.

BACA: Kopi mahal sebagai gaya hidup? Fikir semula, anda mungkin berisiko kanser