awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Mengapa virus HIV sukar dihapuskan?
Bad Cop: Permulaan era drama Malaysia yang lebih berani - “Kita sentiasa berusaha memperkenalkan…”
Ketibaan penumpang di KL Sentral disambut meriah dengan tarian kebudayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak Ali Abdullah Saleh mahu hapuskan Houthi dari bumi Yaman

Astro Awani
Astro Awani
06/12/2017
01:26 MYT
Anak Ali Abdullah Saleh mahu hapuskan Houthi dari bumi Yaman
Ahmed Ali Saleh adalah bekas Komander Pengawal Elit Republik Yaman dan telah berjuang bersama-sama bapanya Ali Abdullah Saleh dalma perang saudara pada 2012. REUTERS / Fail
Anak kepada Allahyarham Ali Abdullah Saleh, Ahmed Ali Saleh berikrar akan menuntut bela atas kematian bapanya yang terbunuh dalam pertempuran di Mabir pada lewat Isnin oleh kumpulan pemberontak Houthi.
Ahmed Ali menegaskan kematian bapanya akan dibela demi keamanan dan demi tekad menumpaskan musuh nombor satu Yaman iaitu Houthi.
"Bapa saya telah mati di tangan musuh tuhan dan Yaman.
"Saya berikrar akan memimpin pasukan baharu rakyat Yaman untuk menentang musuh negara dan kemanusiaan ini yang cuba menghapuskan nama keturunan saya dan mencampakkan rakyat Yaman ke lembah yang hina.
"Malah saya berikrar akan memastikan perjuangan ini berakhir dengan penghapusan Houthi di bumi Yaman dan saya mahu ia dilihat jelas oleh Iran," tegasnya dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Arab Saudi.
Ahmed Ali Saleh, 45, adalah bekas Komander Pengawal Elit Republik Yaman dan telah berjuang bersama-sama bapanya Ali Abdullah Saleh dalma perang saudara pada 2012.
BACA: Krisis fahaman Syiah dan Sunni di Yaman makin getir
Ahmed Ali memimpin hampir 80,000 tentera elit ketika itu bagi menentang kumpulan yang dipimpin Presiden Abed Rabbo Mansor Hadi dan ia berlarutan sehingga keputusan keluar dari kepimpinan Houthi oleh bapanya bulan lalu.
Bulan lalu Ali Abdullah saleh telah bertindak menubuhkan kumpulan baharu yang bertindak memulakan langkah damai demi keamanan Yaman.
Usaha yang dirintis Ali Abdullah itu bertujuan mengadakan rundingan damai melalui perantara Arab Saudi.
Malangnya pada 4 Disember lalu beliau terbunuh dalam pertempuran dengan kumpulan pemberontak Houthi ketika cuba menyeberangi sempadan ke Arab Saudi.
Topic Berkaitan
#ahmed ali saleh
#Ali Abdullah Saleh
#Arab Saudi
#Houthi
#Iran
#Sunni
#Syiah
#Yemen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan