BAPA kepada jaguh seni bela diri campuran (MMA) Khabib Nurmagomedov meninggal dunia pada Jumaat dipercayai akibat jangkitan COVID-19.

Abdulmanap, 57 tahun, sebelum ini telah dilaporkan kritikal dan koma akibat jangkitan paru-paru (pneumonia).

Allahyarham dimasukkan ke hosipital pada 26 April lalu selepas disyaki mengidap penyakit tersebut dan terkena serangan jantung.

Abdulmanap merupakan antara individu yang bertanggungjawab melatih Khabib sejak kecil sehingga anaknya kini bergelar juara lightweight UFC.

BACA: Bapa Khabib dilaporkan kritikal, koma akibat pneumonia

BACA: 'Ya Allah, kembalikanlah dia kepada kami' - Khabib sahkan bapa kritikal akibat COVID-19

Dia juga diiktiraf sebagai bapa sukan MMA di Dagestan kerana berjaya melahirkan beberapa juara dunia serta juara Olimpik dalam sukan gusti roman-greko, sambo dan judo.