Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Dunia

Bayi lahir dari ibu hidap pneumonia COVID-19 disahkan bebas koronavirus

Bayi lahir dari ibu hidap pneumonia COVID-19 disahkan bebas koronavirus
Wanita berkenaan, Dan, 33 dan anaknya turut dibenarkan keluar hospital di Xi'an selepas mereka disahkan bebas COVID-19. - Foto XINHUANET
XIAN: Seorang bayi yang dilahirkan dari ibunya yang mengalami Pneumonia Koronavirus (COVID-19) di China disahkan bebas dari sebarang jangkitan virus berkenaan.

Bayi perempuan itu dilahirkan minggu lalu.

Wanita berkenaan, Dan, 33 dan anaknya turut dibenarkan keluar hospital di Xi'an selepas mereka disahkan bebas COVID-19.

Dalam pada itu, Ketua Bahagian Obstetrik dan Ginekologi (O&G) hospital berkenaan, Xue Xiang berkata, situasi berkenaan sekali gus membuktikan virus berkenaan tidak dijangkiti melalui ibu ke bayi dalam kandungan.
"Bayi baru lahir itu diuji negatif. Apa yang kita boleh katakan daripada kes ini ialah  Pneumonia Koronavirus biasanya tidak boleh dipindahkan dari ibu," jelas Xiang.

Sampel ujian asid nucleik telah diambil sebanyak dua kali semasa kelahiran bayi berkenaan dan pada Rabu lalu, kedua-dua beranak itu negatif Covid-19.
Mereka kemudian dibawa ke hospital di Shangluo untuk pemantauan.

[LAPOR LANGSUNG] COVID-19 Angka kematian terus meningkat

BACA: COVID-19: 139 kematian baru, 1,843 jangkitan baru di Hubei

Wilayah Hubei di China, pusat wabak koronavirus COVID-19, melaporkan 139 kematian baru setakat ini.

Wilayah tengah itu juga melaporkan 1,843 kes baru yang disahkan positif COVID-19, dengan 1,548 orang daripadanya di dalam bandar Wuhan, di mana wabak itu dipercayai telah bermula di sebuah pasar makanan Disember lalu.

Angka kematian dan jumlah kes baru di Hubei menurun berbanding hari sebelumnya, apabila ia merekodkan hanya 2,420 kes jangkitan baru sehingga pagi Ahad.


Tag: Hospital, wanita, bayi, coronavirus, Covid-19, Koronavirus, China, COVID-19



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.