ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 30 Jun 2020.

1) COVID-19: Indonesia, Singapura catat kes baharu, Thailand lanjut larangan sementara penerbangan

Rangkuman perkembangan COVID-19 di Indonesia, Singapura dan Thailand.

2) COVID-19: Perintah berkurung dikuatkuasakan semula di Victoria

Ketua Menteri Victoria, Daniel Andrews memaklumkan, perintah tersebut akan bermula pada Rabu malam waktu tempatan sehingga 29 Julai 2020.

3) COVID-19: Human clinical trials for India's vaccine to begin in July 2020

India developed its first indigenous vaccine against COVID-19. India announced that Covaxin will begin human clinical trials soon.

4) Virus selesema baharu dikesan di China, berisiko pandemik

Menurut Jurnal PNAS, virus yang diberi nama G4 EA H1N1 ini mirip selesema babi H1N1 yang pernah melanda dunia pada tahun 2009.

5) China didakwa paksa wanita Uighur ambil pil perancang untuk kawal populasi

Laporan terbaharu itu mengundang gesaan supaya pihak antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyiasat.

6) India haramkan penggunaan TikTok, WeChat

Pengharaman dibuat selepas Kementerian Teknologi Maklumat India menerima aduan daripada pelbagai pihak mengenai aplikasi yang didakwa mengambil data secara tidak sah.

7) Bahang pilihan raya umum Singapura bermula hari ini

Terdapat 93 kerusi sedia untuk direbut wakil rakyat semasa hari pengundian.

8) Iran minta bantuan Interpol tangkap Trump

Waran tangkap itu dikeluarkan susulan serangan dron yang membunuh seorang jeneral tinggi Iran di Baghdad.

9) Trump digesa keluar arahan eksekutif wajibkan pemakaian pelitup muka

Gabenor New York, Andrew Cuomo menggesa Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk mengeluarkan arahan eksekutif agar pemakaian pelitup muka diwajibkan di seluruh negara.