awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bilionair Jepun mahu cari teman hidup untuk dibawa 'terbang' mengelilingi bulan

Agensi
Agensi
13/01/2020
00:06 MYT
Bilionair Jepun mahu cari teman hidup untuk dibawa 'terbang' mengelilingi bulan
MAEZAWA: Saya ingin mencari pasangan untuk masa depan saya, saya ingin laungkan cinta kami dan kedamaian dunia dari ruang angkasa. - Reuters
Bilionair Jepun, Yusaku Maezawa kini mencari teman wanita untuk menemani perjalanannya mengelilingi bulan, sekali gus menjadi subjek sebuah program dokumentari terbaharu.
Reuters melaporkan, Maezawa, usahawan fesyen atas talian yang berusia 44 tahun, memaklumkan sedang mencari wanita berusia 20 tahun ke atas.
"Perasaan sepi dan kosong menguasai saya, jadi ada satu perkara yang saya fikirkan, iaitu mencintai seorang wanita," tulis Maezawa di laman webnya.
"Saya ingin mencari pasangan untuk masa depan saya, saya ingin laungkan cinta kami dan kedamaian dunia dari ruang angkasa," tambah Maezawa, yang akan terbang mengelilingi bulan pada 2023 sebagai penumpang persendirian pertama menaiki pesawat angkasa SpaceX milik Elon Musk.
Mereka yang mahu memohon untuk menjadi teman wanita Maezawa mestilah berminat untuk menjelajah ke ruang angkasa dan bersedia mengambil bahagian dalam persediaannya, serta menginginkan kedamaian dunia.
Maezawa, yang baru-baru ini berpisah daripada teman wanitanya, pelakon Ayame Goriki, 27 tahun, berkata dia merancang untuk membawa penggiat seni dalam penerbangan itu untuk memberi inspirasi kepada hasil kerja mereka.
Dokumentari yang bertajuk "Full Moon Lovers", akan disiarkan di AbemaTV, disokong oleh agensi iklan dalam talian CyberAgent dan TV Asahi dan mensasarkan kalangan penonton belia.
Sebelum ini, Maezawa menghadiahkan wang berjumlah AS$9 juta kepada 1,000 pengikutnya di Twitter dalam satu eksperimen sosial untuk melihat sama ada wang boleh meningkatkan kebahagiaan.
BACA: Eksperimen sosial: Bilionair Jepun hadiahkan AS$9 juta kepada 1,000 pengikut Twitter terpilih
Topic Berkaitan
#Angkasa
#Angkasa Lepas
#bilionair
#bulan
#cinta
#dokumentari
#Full Moon Lovers
#Jepun
#kebahagiaan
#mencari pasangan
#SpaceX
#teman wanita
#usahawan
#wang
#yusaku maezawa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan