awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China hantar dua pesawat bawa pulang pelancong di Malaysia, Thailand

Agensi
Agensi
31/01/2020
15:33 MYT
China hantar dua pesawat bawa pulang pelancong di Malaysia, Thailand
Pesawat-pesawat itu akan membawa pulang kesemua warga tembok besar China kembali ke wilayah timur China, Xiamen. - Foto REUTERS
SYARIKAT penerbangan Xiamen Airlines dilaporkan menerbangkan pesawatnya ke Kota Kinabalu, Sabah dan Thailand untuk membawa pulang lebih 200 pelancong Hubei yang terkandas penularan koronavirus di bandar Wuhan, China.
Dua pesawat berkenaan difahamkan telah berlepas ke dua lokasi itu kira-kira jam 1:17 petang dan 1:34 petang waktu tempatan pada Jumaat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Xiamen.
Pesawat-pesawat itu akan membawa pulang kesemua warga China kembali ke wilayah timur China, Xiamen.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Kecemasan peringkat antarabangsa
Pada masa sama, Xiamen Airlines telah bersiap siaga dari segi keselamatan dan langkah-langkah pencegahan di dalam penerbangan itu.
Kesemua kru pesawat juga telah dilatih bagi berdepan sebarang kemungkinan penularan itu.
Kesemua pelancong akan dikuarantin selama 14 hari dan pemeriksaan kesihatan akan turut dijalankan.
Topic Berkaitan
#China
#keselamatan
#kesihatan
#koronavirus
#Kota Kinabalu
#Malaysia
#pelancong
#penerbangan
#virus Wuhan
#Wuhan
#Xiamen Airlines
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan