Berita  | Dunia

China 'mengamuk' CFO Huawei ditahan

China 'mengamuk' CFO Huawei ditahan
Meng antara nama disebut berpotensi mengantikan bapanya untuk mengemudi Huawei - Foto Fail
VANCOUVER: Penahanan Ketua Pegawai Kewangan Huawei, Sabrina Meng Wanzhou, mengundang kemarahan China.

Menurut laporan Bloomberg sejurus selepas penahanan itu diumum, kedutaan China di Kanada menyatakan protes dan menuntut pembebasan Meng serta memperbetulkan keadaan.
Penahanan beliau dijangka meningkatkan ketegangan Washington dan Beijing, beberapa hari selepas dua gergasi ekonomi itu bersetuju berunding terma baharu dagangan.

BACA : Kanada tahan CFO Huawei, hubungan China-AS kembali tegang?

Sementara itu Huawei dalam kenyataan berkata bersedia bekerjasama dengan pihak berkuasa dan percaya sistem keadilan di Kanada dan Amerika Syarikat akan memberikan perbicaraan adil.

“Huawei mematuhi semua undang-undang dan peraturan di mana syarikat beroperasi termasuk kawalan eksport dan undang-undang sekatan oleh Persatuan Bangsa Bersatu (PBB), AS, dan Kesatuan Eropah (EU).” Kata syarikat itu seperti dipetik Bloomberg.

Tag: Amerika Syarikat, PBB, EU, Washington, Beijing, Huawei, Meng Wanzhou


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.