Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Dunia

COVID-19: Aktiviti renang di kolam berklorin selamat

COVID-19: Aktiviti renang di kolam berklorin selamat
Petugas melakukan kerja-kerja pembersihan menjelang pembukaan semula kolam renang kepada orang awam ketika tinjauan di Putrajaya, 27 Jun, 2020. --fotoBERNAMA
AKTIVITI riadah di kolam renang yang berklorin adalah selamat dari jangkitan COVID-19.

Demikian dinyatakan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sambil menetapkan syarat bahawa kolam renang itu harus diselenggara dengan baik dengan jumlah peratusan klorin yang dibenarkan.

WHO dalam soalan lazim (FAQ) di laman sesawangnya menjelaskan, bagaimanapun, pengguna kolam renang dinasihatkan agar berjaga-jaga dan mengelak diri dari memasuki kolam renang yang sesak.

Juga, mereka perlu memastikan jarak 1 meter antara satu sama lain dapat dipraktikkan, terutama sekiranya ada yang batuk dan bersin di sekitar kawasan kolam renang.
Dalam pada itu, Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit di Amerika Syarikat juga mendedahkan, tiada penemuan dan bukti mendakwa COVID-19 boleh disebarkan melalui kolam renang, tab mandi dan taman air.

Lebih-lebih lagi apabila venue akuatik ini biasanya yang menjalankan operasi nyahkuman air menggunakan klorin atau bromin yang boleh menyahaktif virus tersebut.
BACA: Pemilik kolam renang perlu daftar dengan MITI 

BACA: Riadah kolam renang, pawagam, mesyuarat dibenarkan 

BACA: Sukan air dalam kolam renang dibenarkan bermula 25 Jun 

Kerajaan Malaysia membenarkan aktiviti riadah kolam renang di kolam renang awam, hotel, kondominium, komuniti berpagar, serta kolam renang persendirian mulai hari ini.