Tutup

Berita  | Dunia

COVID-19: China guna ubat tradisional rawat pesakit

COVID-19: China guna ubat tradisional rawat pesakit
Setakat ini, seramai 2,200 pakar ubatan TCM dihantar ke Hubei bagi menjalankan kajian dan rawatan mengenai penggunaan ubat traditional itu. - Gambar REUTERS
BEIJING: China memberikan ubat tradisional dalam usaha mengekang dan merawat pesakit yang terjejas akibat COVID-19,  kata Timbalan Pengarah Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan negara itu, Wang Hesheng.

Menurut Wang, ubatan tradisional Cina yang dikenali sebagai TCM digunakan untuk merawat pesakit di hospital Wuhan, selain ubat-ubatan lain.

Wang seperti dilapor Bloomberg berkataTCM digunakan kepada lebih separuh pesakit yang disahkan dijangkiti virus tersebut di wilayah Hubei.

Dalam pada itu, Wang memaklumkan segelintir pesakit telah menunjukkan perubahan  positif selepas menggunakan ubat tersebut.
Setakat ini, seramai 2,200 pakar ubatan TCM dihantar ke Hubei bagi menjalankan kajian dan rawatan mengenai penggunaan ubat tradisional itu.

BACA: China guna ubat anti HIV dan AIDS untuk rawat pesakit koronavirus
BACA: Koronavirus: Pesakit di China pulih guna dos Nelfinavir

Sebelum ini, China memaklumkan menggunakan ubat yang lazimnya untuk merawat HIV dan AIDS sebagai rawatan kepada  pesakit COVID-19.

Sementara, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata vaksin pertama untuk COVID-19 dijangka dapat dihasilkan dalam tempoh 18 bulan.

[LAPOR LANGSUNG] COVID-19 Angka kematian terus meningkat



Tag: Hospital, WHO, HIV, AIDS, China, coronavirus, China ubat traditional, COVID-19, Malaysia sah positif COVID-19, Wabak Koronavirus, Kementerian Kesihatan, koronavirus, tradisional



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.