awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: China mula asing, 'kuarantin' wang kertas

Agensi
Agensi
16/02/2020
05:34 MYT
COVID-19:  China mula asing, 'kuarantin' wang kertas
Cahaya ultraungu atau suhu tinggi digunakan untuk pembasmian kuman pada wang kertas Yuan sebelum diasingkan. - Foto Agensi
China kini membasmi dan mengasingkan wang kertas sudah digunakan sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghentikan penyebaran koronavirus (COVID-19) yang meragut 1,523 nyawa di negara itu.
Bank Negara China dalam satu sidang media memberitahu, institusi kewangan itu menggunakan cahaya ultraungu atau suhu tinggi untuk membasmi kuman pada wang kertas Yuan sebelum mengasingkan dan menyimpan wang tunai itu selama tujuh hingga 14 hari.
Bagaimanapun, tempoh pengasingan sebelum ia digunakan semula bergantung kepada tahap keseriusan wabak di wilayah terbabit.
Setakat ini, COVID-19 yang menjangkiti 66,492 orang di China dan menular ke lebih 20 negara dunia mencetuskan usaha terdesak dan tergesa-gesa untuk membasmi kuman di tempat awam serta meminimumkan hubungan antara individu.
Timbalan Gabenor Bank Negara China, Fan Yifei berkata, bank juga digesa untuk menyediakan wang kertas baharu kepada pelanggan.
[LAPOR LANGSUNG] COVID-19 Angka kematian terus meningkat
Sebelum sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini, bank pusat melakukan pengeluaran kecemasan wang kertas baharu sebanyak empat bilion Yuan (RM2.3 bilion) ke wilayah Hubei yang juga pusat wabak itu.
"Langkah ini bertujuan untuk menjamin keselamatan dan kesihatan orang ramai apabila menggunakan wang tunai," katanya.
Meskipun begitu, impak ke atas usaha membasmi kuman pada wang kertas masih belum jelas memandangkan sejak beberapa tahun lalu rakyat China lebih memilih untuk menggunakan pembayaran mudah alih berbanding wang tunai.
Dalam kaji selidik syarikat penyelidikan pasaran Ipsos pada 2017, hampir tiga perempat responden Cina memberitahu mereka boleh bertahan sepanjang bulan tanpa menggunakan wang tunai lebih 100 Yuan (RM59.27).
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), COV-19 boleh disebarkan melalui objek tercemar selain titisan dan kontak langsung dengan pesakit yang dijangkiti.
Sejak dikesan di bandar Wuhan pada Disember lalu, Covid-19 mencatatkan 1,527 kematian dan 67,169 kes yang disahkan di dalam dan luar China. - Agensi
Topic Berkaitan
#bank
#Bank Negara
#China
#Cina
#coronavirus
#COVID-19
#keselamatan
#kesihatan
#koronavirus
#rakyat
#ringgit
#Tahun Baru Cina
#wang kertas Yuan
#WHO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan