Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Dunia

COVID-19: Itali catat 627 kematian, 5,986 kes dalam satu hari

COVID-19: Itali catat 627 kematian, 5,986 kes dalam satu hari
Seorang lelaki memakai topeng perlindungan susulan penularan wabak COVID-19, ketika berjalan di hadapan Duomo Cathedral di Milan, Itali, 4 Mac, 2020. REUTERS
HANYA dalam tempoh satu hari, Itali mencatat 627 kematian akibat COVID-19, iaitu peningkatan tertinggi yang pernah direkodkan dalam negara itu.

Pada masa sama, 5,986 kes baharu turut dicatatkan pada Jumaat, menjadikan jumlah kumulatif kes positif adalah 47,021.

Manakala angka kematian secara keseluruhan pula, adalah sebanyak 4,032, melebihi angka kematian di China.

Menurut Ketua Jabatan Perlindungan Awam Itali dan Pesuruhjaya Angelo Borrelli, kebanyakan kematian melibatkan warga emas atau pesakit yang mempunyai penyakit lain, termasuk sakit jantung dan penyakit kencing manis.
Walaupun seluruh negara sudah berada di bawah perintah berkurung sehingga 3 April, namun ramai yang menjangka langkah lebih drastik dan peraturan lebih ketat bakal dilaksanakan kerajaan Itali.

BACA: COVID-19: 3,405 kematian di Itali, mengatasi angka China
BACA: Surat dari Itali: Dunia, kalian tidak tahu apa sebenarnya yang sedang mendatang

Sebelum ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytihar Eropah kini menjadi pusat penyebaran COVID-19 susulan penularan kes semakin menurun di Hubei, China.

Selain di Itali, kes positif koronavirus turut meningkat secara mendadak di negara Eropah lain dalam tempoh satu hari termasuk Jerman dengan 4,528 kes baharu dan Sepanyol, 3,433 kes baharu.

Perancis turut merekodkan peningkatan kes baharu yang tinggi dalam satu hari dengan 1,617 kes manakala Switzerland pula dengan 1,185 kes.