awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Saintis bidas teori virus dihasilkan di makmal

Agensi
Agensi
22/02/2020
02:58 MYT
COVID-19: Saintis bidas teori virus dihasilkan di makmal
Teori konspirasi hanya akan menimbulkan ketakutan dan prasangka yang akan menjejaskan kerjasama global dalam memerangi virus ini. - AP NEWSROOM
SERAMAI 27 saintis dari sembilan negara mengutuk teori konspirasi yang mendakwa bahawa virus SARS-CoV-2 yang menyebabkan COVID-19 direka di makmal.
Antara spekulasi yang timbul setakat ini termasuk kemungkinan bahawa patogen tersebut dihasilkan menerusi kaedah biologi di makmal dan pekerja makmal dijangkiti virus semasa mengendalikan kelawar.
Dalam satu kenyataan yang diterbitkan melalui The Lancet, para saintis memetik beberapa kajian menunjukkan bahawa SARS-CoV-2 berasal dari hidupan liar dan bukan dari dalam makmal.
"Perkongsian data terbuka dan telus mengenai wabak ini kini diancam oleh khabar angin dan maklumat palsu.
"Kami bersama-sama mengutuk teori konspirasi yang mencadangkan bahawa COVID-19 bukan bersifat semulajadi," kata kumpulan itu.
"Saintis dari pelbagai negara telah menganalisis dan mereka menyimpulkan bahawa virus ini berasal daripada hidupan liar," kata mereka lagi.
Kumpulan itu juga menambah, teori konspirasi seumpama itu hanya akan menimbulkan ketakutan, khabar angin dan prasangka yang akan menjejaskan kerjasama global dalam memerangi virus ini.
Sebelum ini, terdapat dakwaan bahawa China melindungi punca sebenar penularan wabak COVID-19 yang dikatakan bermula di sebuah pasar makanan laut di Wuhan.
Senator Amerika Syarikat, Tom Cotton ketika ditemu bual program Sunday Morning Futures menerusi saluran Fox News mendakwa virus itu berpunca dari sebuah makmal bio-keselamatan yang terletak kurang beberapa batu dari pasar tersebut.
BACA: 'China menipu!' - Senator AS dakwa virus berasal dari makmal
BACA: Selebriti China mohon maaf promosi sup kelawar tiga tahun lalu
BACA: Restoran di Indonesia buang menu kelawar
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#biologi
#China
#COVID-19
#Makmal
#saintis
#virus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan