awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Tujuh wilayah di Jepun diisytihar darurat

Astro Awani
Astro Awani
07/04/2020
10:24 MYT
COVID-19: Tujuh wilayah di Jepun diisytihar darurat
Abe Shinzo menegaskan pengisytiharan darurat adalah bagi melaksanakan langkah yang lebih ketat untuk mengekang penularan wabak COVID-19 di Jepun. - Gambar REUTERS
TUJUH wilayah di Jepun diisytihar darurat susulan peningkatan kes jangkitan COVID-19 di negara itu.
Perdana Menterinya, Abe Shinzo menguumkan, pengisytiharan tersebut adalah bagi melaksanakan langkah yang lebih ketat untuk mengekang penularan wabak tersebut di negara itu.
"Memandangkan situasi kini bertambah buruk sehingga menjejaskan kehidupan rakyat dan ekonomi di negara ini, saya mengisytiharkan darurat," katanya.
Memetik laporan AFP, pengisytiharan tersebut membenarkan kerajaan di tujuh wilayah termasuk Tokyo untuk mendesak orang ramai duduk di rumah dan menutup perniagaan mereka sehingga 6 Mei ini.
Tujuh wilayah itu adalah di Tokyo, Chiba, Kanagawa, Saitama, Osaka, Hyogo dan Fukuoka.
Bagaimanapun, beberapa pasar raya dan beberapa kedai sektor utama akan terus beroperasi tanpa sebarang penalti atau denda dikenakan.
"Walaupun saya sudah isytihar darurat, tetapi ia tidak bermakna pelaksanaan darurat ini seperti di luar negara.
"Kami akan terus cuba memutuskan rantaian jangkitan wabak ini tetapi dalam masa sama akan memastikan ekonomi negara dan sektor utama seperti pekhidmatan awam akan tersebut beroperasi," jelasnya.
BACA: COVID-19: Jepun bakal isytihar darurat, langkah ketat buat zon terjejas teruk
BACA: COVID-19: Jepun bakal isytihar darurat di tujuh wilayah
Pada masa sama, Abe turut mengumumkan pakej rangsangan ekonomi berjumlah 108 trilion yen atau AS$1 trilion bagi mengurangkan impak ekonomi yang dirasai penduduk Jepun.
Aliran tunai kepada isi rumah yang memerlukan serta sokongan kewangan untuk melindungi perusahaan serta pekerjaan turut disertakan.
Jepun berdepan tekanan untuk melaksanan perintah itu menyusul selepas peningkatan kes positif COVID-19 meningkat secara mendadak sejak Ahad lalu.
Topic Berkaitan
#Abe Shinzo
#COVID-19
#darurat
#ekonomi
#Jepun
#Perdana Menteri
#tujuh wilayah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan