Berita  | Dunia

Cubaan sebut sekali lafaz, amboi panjangnya nama kau nak!

Cubaan sebut sekali lafaz, amboi panjangnya nama kau nak!
Bayi ini dinamakan Rangga Madhipa Sutra Jiwa Cordosega Akre Askhala Mughal Ilkhanat Akbar Sahara Pi-Thariq Ziyad Syaifudin Quthuz Khoshala Sura Talenta. - Foto oleh Surya.co.id/Tribunenews
JAWA TIMUR: Pemberian nama untuk bayi yang baharu lahir merupakan antara momen penting buat ibu bapa, dan setiap pasangan mempunyai alasan tersendiri mengapa sesuatu nama itu dipilih.

Bagi pasangan Arif Akbar dan Suci Nur Aisiyah dari Desa Ngujuran, Kabupaten Tuban, Jawa Timur, nama yang panjang dipilih untuk anak kedua mereka.

Rangga Madhipa Sutra Jiwa Cordosega Akre Askhala Mughal Ilkhanat Akbar Sahara Pi-Thariq Ziyad Syaifudin Quthuz Khoshala Sura Talenta, begitulah nama yang menjadi pilihan pasangan terbabit untuk bayi lelaki mereka yang dilahirkan pada 6 Januari lalu.
"Pemberian nama anak saya mempunyai kaitan dengan sejarah nama kota Islam.

"Pada namanya juga terdapat doa, dan saya berharap dia akan membesar sebagai insan soleh yang berguna dan berbakti kepada ibu bapa," kata Arif.

BACA: Nama panjang 'Princess Aura' ilham daripada Wali Songo - Ibu

Apabila ditanya mengenai nama anaknya yang panjang dan kesukaran yang mungkin dihadapi berhubung urusan dokumentasi, Arif berfikiran positif dan yakin semuanya mampu diatasi. - Surya.co.id/Tribunenews


Tag: bayi, anak, lelaki, Islam, Indonesia, Nama panjang, pelik, istimewa


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.