INTERNATIONAL
Dua dari Hong Kong demam panas, 6,000 penumpang kapal layar ditahan

Kapal layar Costa Crociere berlabuh di pelabuhan susulan laporan terdapat dua penumpang disyaki dijangkiti koronavirus di atas kapal tersebut, di Civitavecchia, Itali, 30 Jan, 2020. REUTERS
KIRA-kira 6,000 penumpang kapal layar mewah dari Itali terpaksa ditahan pada Khamis selepas doktor mendapati dua penumpang dari Hong Kong mengalami simptom demam panas.
Memetik laporan media tempatan, penahanan tersebut terpaksa dilakukan terutamanya terhadap dua penumpang itu ketika wujud kebimbangan terhadap jangkitan novel koronavirus yang menular di seluruh dunia ketika ini.
Persatuan perubatan The Red Cross memaklumkan pihaknya menerima laporan tersebut dan kedua-dua penumpang itu perlu dipindahkan ke sebuah hospital khas di Rome.
Kedua-dua penumpang itu akan menerima rawatan dan pemeriksaan lanjut di Institut Nasional Penyakit Berjangkit Lazzaro Spallanzani.
Pemeriksaan ini menyusul selepas China mengesahkan 170 orang maut akibat wabak itu.
Dalam pada itu, sebanyak 1,032 lagi kes baharu telah disahkan di Hubei menjadikan jumlah tersebut melonjak hingga 4,586 kes.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami