Bahagian mayat, tempat duduk dan beg penumpang antara barangan yang ditemui oleh pasukan pencari bangkai pesawat EgyptAir MS804 yang hilang di Laut Mediterranean pada Khamis, kata Menteri Pertahanan Greece.

“Beberapa jam sebelum ini saya dimaklumkan (oleh pihak berkuasa Mesir) satu bahagian mayat, dua kerusi, dan satu atau lebih beg penumpang telah ditemui di kawasan pencarian ke utara Iskandariah," Mesir kata Panos Kammenos pada satu sidang akhbar.

Tambahnya, beberapa pesawat lain yang terbabit dalam operasi pencarian juga “dilaporkan mendakwa menemui lebih banyak penemuan di kawasan lain, tetapi tiada pengesahan rasmi yang ia milik pesawat itu.”

LAPOR LANGSUNG: Pencarian serpihan pesawat EgyptAir MS804

BACA: Serpihan dan barangan penumpang ditemui di Laut Mediterranean - Tentera Mesir

Pesawat EgyptAir sedang membawa 66 penumpang dan anak kapal ketika dalam perjalanan dari Paris ke Kaherah sebelum hilang dari radar pada Khamis.

Laporan mengatakan ia menjunam dan berpusing secara tiba-tiba pada ketinggian 22,000 kaki di Laut Mediterranean, kata pegawai Greece semalam.