Tutup

Berita  | Dunia

Gara-gara bawa burung kering naik pesawat, bagasi penumpang dirampas

Gara-gara bawa burung kering naik pesawat, bagasi penumpang dirampas
Pihak berkuasa Amerika Syarikat merampas sebuah bagasi penumpang yang memuatkan paket berisi burung kering.
WASHINGTON: Pihak berkuasa Amerika Syarikat merampas sebuah bagasi penumpang yang memuatkan paket berisi burung yang dikeringkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Dulles , berhampiran Washington DC, Amerika Syarikat (AS).

Kejadian melibatkan penumpang yang menaiki pesawat dari Beijing, China.

Penumpang berkenaan yang dalam perjalanan ke Maryland mendakwa, paket berisi burung kering itu merupakan makanan kucing peliharaannya.

AS mengeluarkan larangan membawa masuk semua spesies burung ke negara itu sebagai langkah pencegahan kepada selesema burung.
BACA: Lebih 500 kakitangan hospital dijangkiti koronavirus

BACA: Pakar perubatan ramal COVID-19 berakhir pada April
BACA: COVID-19, nama rasmi novel koronavirus


[LAPOR LANGSUNG] COVID-19 Angka kematian meningkat kepada 1,114

Berikutan itu, bagasi penumpang berkenaan telah dimusnahkan melalui kaedah pembakaran dengan kebenaran pihak berkuasa.

Terdahulu, penularan wabak novel koronavirus (COVID-19) yang dikesan di bandar Wuhan telah berjangkit ke 29 buah negara.

Sehingga kini, wabak berkenaan telah mengakibatkan kematian seramai 1,114 orang dengan jumlah kes global yang dijangkiti virus itu lebih kurang 45,000 orang.


Tag: Hospital, China, Beijing, Washington, Amerika Syarikat, coronavirus, novel koronavirus, Wuhan, burung kering, rampas, bagasi



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.