Tutup

Berita  | Dunia

Gempa Lombok: Angka maut meningkat kepada empat orang

Gempa Lombok: Angka maut meningkat kepada empat orang
Penduduk di Lombok mula meninjau kawasan gempa untuk mencari mangsa. - Foto Reuters
KUALA LUMPUR : Jumlah mangsa terkorban akibat kejadian tanah runtuh di kawasan Air Terjun Kelep Senaru, Lombok, pasca gempa bumi di pulau itu petang Ahad meningkat kepada empat orang.

Dua pelancong rakyat Malaysia antara yang maut termasuk Datin Tai Siew Kim, 56 tahun yang merupakan Timbalan Ketua Pengarang Eksekutif sebuah akhbar harian berbahasa Cina, Sin Chew Daily dan isteri kepada Ketua Pengarang China Press Datuk Teoh Yang Khoon.

Manakala seorang lagi masih belum dikenal pasti identitinya.

Menurut Ketua Pusat Data dan Informasi Badan Bencana Nasional Indonesia (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho, seramai 44 pelancong alami kecederaan dan 8 antaranya adalah rakyat Malaysia.
BACA: Gempa Lombok: Timbalan Ketua Pengarang Sin Chew maut



BACA: Gempa Lombok: Seorang warga Malaysia disahkan maut di lokasi air terjun

BACA: Gempa Lombok: 22 warga Malaysia di lokasi air terjun antara terjejas, dua pelancong maut


Difahamkan, terdapat 22 pelancong rakyat Malaysia berada di lokasi alam semula jadi itu sewaktu kejadian berlaku.

Terdahulu, media tempatan melaporkan, sejumlah 40 pelancong termasuk warganegara Malaysia yang sedang menikmati keindahan lokasi Air Terjun Tiu Kelep, Desa Senaru, Lombok Utara pada Ahad berdepan situasi cemas apabila gempa bumi yang melanda wilayah tersebut menyebabkan kesan tanah runtuh.





 


Tag: gempa bumi, Lombok, tanah runtuh, air terjun, pelancong



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.