Tutup

Berita  | Dunia

Hakim dukung anak sementara peguam angkat sumpah

Hakim dukung anak sementara peguam angkat sumpah
Di majlis angkat sumpah peguam baharu, Juliana Lamar (kanan) bertambah istimewa apabila hakim yang menyaksikan upacara berkenaan ingin melibatkan anak Lamar. - Twitter/@sarahfor5
SANGAT comel. Itu terjemahan paling sesuai bagi menggambarkan upacara angkat sumpah seorang peguam baharu di Tennessee, Amerika Syarikat.

Sebetulnya, majlis angkat sumpah untuk menjadi seorang peguam yang rasmi merupakan hari yang amat istimewa buat golongan berkenaan kerana ia sebagai petanda segala kerja keras mereka membuahkan hasil.

Bagaimanapun, acara angkat sumpah Juliana Lamar berbeza dengan apa yang pernah dilalaui rakan-rakan seperjuangannya.

Ini kerana, acara itu sangat istimewa buat Lamar kerana hakim yang menyaksikan upacara berkenaan ingin melibatkan anak Lamar, yang dilahirkan sewaktu peguam itu masih lagi belajar di Belmont Universiti College of Law.
“Sebelum upacara angkat sumpah itu bermula, Hakim (Richard Dinkins) berkata beliau ingin anak saya (Beckham) turut serta dalam majlis itu.

Foto Juliana Lamar
“Saya sungguh gembira kerana anak saya dapat mengambil bahagian dalam saat paling penting dalam hidup saya,” kata Lamar mengulas tindakan spontan hakim berkenaan.

Dalam satu video yang dimuat naik pada laman Twitter oleh rakan Lamar, Dinkins turut mendukung Beckham sepanjang upacara tersebut.


Rata-rata netizen memuji Dinkins yang kelihatan mempunyai pengalaman mengendong bayi.


Memetik laporan Buzzfeed News, Lamar berkata Dinkins merupakan inspirasinya.

“Hakim Dinkins menjadi panduan saya sepanjang kerjaya perundangan saya.

Foto Juliana Lamar

“Apabila saya hamil sembilan bulan iaitu sehari sebelum saya perlu menerima induksi, Hakim Dinkins berucap tentang kepentingan mengundi di suatu acara yang saya anjurkan selaku Presiden Persatuan Black Law Students di universiti saya.

“Pada acara tersebut, beliau memberitahu beliau bangga dengan saya dan tahu saya akan mencapai kejayaan, walaupun dengan kehadiran bayi baharu,” katanya.


Tag: hakim, peguam, Tennessee, Richard Dinkins, Twitter, Buzzfeed News



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.