awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeti baharu tingkat pendapatan nelayan hingga 20 peratus di Kg Jilid 8
Op Sapu: Imigresen tahan 10 warga China di Labuan
JAS kenal pasti premis berpotensi punca air hitam di kolam tadahan Bukit Rambai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Halang umat Islam masuk Amerika, helah Trump untuk kekalkan populariti?

Nizam Bakeri
Nizam Bakeri
08/12/2015
08:02 MYT
Halang umat Islam masuk Amerika, helah Trump untuk kekalkan populariti?
Kenyataan Trump untuk menghalang umat Islam memasuki Amerika Syarikat dilihat sebagai taktik politik agar beliau kekal popular di media.
Selepas Donald Trump menggesa agar umat Islam dihalang dari memasuki Amerika Syarikat, beliau telah diselar hebat oleh para calon presiden lain sama ada dari parti Demokrat mahupun Republikan.
Mungkinkah ini reaksi yang sememangnya Trump mahukan?
Empat jam sebelum kenyataan tersebut dikeluarkan, Trump sebenarnya berhadapan dengan undi bancian yang merosot di Iowa, dengan Ted Cruz mengambil alih kedudukan sebagai pendahulu.
Jadi Trump mengambil keputusan untuk ‘menyerang’. Dia melancarkan kenyataan yang penuh dengan kebencian untuk memastikan dia kekal menjadi tumpuan media.
Kritikan berterusan dari semua calon Demokrat dan Republikan di media akan menjadikan Trump calon paling menonjol, dan hal ini diakui oleh Philip Klein, editor Washington Examiner.
. @realDonaldTrump will get days of coverage in which GOP rivals, Obama, Clinton, media, will all sound same. This is bad for him how?
— Philip Klein (@philipaklein) December 7, 2015
Dua strategi yang digunakan oleh Trump dalam mencetuskan kontroversi ialah (1) memastikan dominasi beliau dalam tajuk utama media dan (2) membuktikan dirinya mampu menyatakan kebenaran yang secara diam-diam dipersetujui oleh rakyat Amerika.
Trump dan kontroversi
Kajian Profesor Madya John Sides, pakar sains politik di George Washington University mendapati perkaitan langsung antara perhatian yang diraih oleh Trump di media dengan jumlah undi bancian yang diterima.
Trump menerima undi bancian tinggi selepas menyampaikan ucapan pembukaan kempen yang menyatakan bahawa orang Mexico kebanyakannya perogol dan banyak membawa masalah kepada Amerika Syarikat.
Jumlah undi bancian Trump sekali lagi meningkat selepas debat calon presiden Republikan Ogos lalu. Sesudah berhadapan dengan beberapa soalan sukar ketika debat berlangsung, Trump mengambil keputusan untuk menyindir moderator debat, Megyn Kelly.
Ujar Trump, “darah keluar dari matanya (Kelly), dan keluar dari…mana-mana bahagian badannya.” Kontroversi menyusul dan Trump kembali tersohor.
Sebaliknya, apabila Trump berkelakuan seperti ahli politik biasa misalnya dalam menyampaikan pelan percukaian, media tidak memberi perhatian kepada beliau.
Menumpaskan lawan
Beberapa pesaing Trump sebenarnya sudah pun tampil dengan idea untuk mengehadkan kemasukan umat Islam dari negara tertentu, seperti Syria, dari memasuki Amerika Syarikat.
Namun idea Trump yang lebih ekstrem menjadikan beliau tampak lebih relevan kepada pengundi yang berkongsi fahaman perkauman yang sama.
Cadangan Ted Cruz sebelum ini untuk menjalankan ‘ujian agama’ kepada pelarian Syria yang ingin masuk ke Amerika sudah kelihatan ‘ringan’ dan tidak keras lagi.
Tidak ada calon yang lebih intim dengan kontroversi berbanding Trump. Dengan memenangi liputan media dan mengatasi para pesaing, tidak mustahil menjelang November tahun hadapan, Trump bakal menjadi taruhan parti Republikan untuk memenangi kerusi Presiden.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Donald Trump
#White House
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan