awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tahun Baharu Cina: Lapangan terbang serantau perkukuh pemantauan virus Nipah
PM umum pengecualian cukai 10 tahun bagi yayasan pendidikan
Penyokong Selangor FC disyaki terlibat insiden bakar suar disambung reman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

India pertimbang lanjut tempoh 'lockdown' lagi dua minggu

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
11/04/2020
16:10 MYT
India pertimbang lanjut tempoh 'lockdown' lagi dua minggu
Narendra Modi bersedia untuk melanjutkan tempoh perintah berkurung atau lockdown selama dua minggu selepas mengadakan perbincangan bersama jemaah menterinya susulan pandemik COVID-19 yang membimbangkan. - Foto AP
PERDANA Menteri India, Narendra Modi bersedia untuk melanjutkan tempoh perintah berkurung atau ‘lockdown’ selama dua minggu selepas mengadakan perbincangan bersama jemaah menterinya susulan pandemik COVID-19 yang membimbangkan.
Perintah berkurung yang sepatutnya berakhir pada 15 April itu kini dipertimbangkan semula oleh kerajaan berikutan angka korban yang semakin meningkat di India.
Susulan itu, menteri di India menggesa Modi agar melanjutkan lagi ‘lockdown’ terhadap 1.3 bilion rakyatnya itu.
Setakat ini Odisha dan Punjab telah melanjutkan tempoh sekatan selama dua minggu namun pakar mencadangkan ia perlu diselaraskan ke seluruh negara bagi mengawal pergerakan keluar masuk.
Setakat ini, India sudahpun mencatatkan lebih 7,500 kes dengan 240 kematian dan kesemuanya merupakan kes import.
BACA: Selepas 30 tahun, pergunungan Himalaya akhirnya dapat dilihat dengan jelas
BACA: India perlu bersedia serangan COVID-19 di kawasan miskin
Topic Berkaitan
#COVID-19
#India
#koronavirus
#lockdown
#menteri
#Narendra Modi
#perintah berkurung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan