Tutup

Berita  | Dunia

Iran akhirnya mengaku tembak jatuh pesawat malang Ukraine

Iran akhirnya mengaku tembak jatuh pesawat malang Ukraine
Iran sebelum ini beberapa kali menafikan peluru berpandu miliknya menembak jatuh pesawat malang itu. - Gambar fail/REUTERS
TEHRAN: Iran pada Sabtu mengakui pihak tentera negara itu telah secara ‘tidak sengaja’ menembak jatuh sebuah pesawat penumpang milik Ukraine yang meragut 176 nyawa.

Lapor agensi berita  Assosiated Press (AP), satu kenyataan yang dikeluarkan menyebut faktor ‘kecuaian manusia’  sebagai punca kesilapan menembak jatuh pesawat itu pada Rabu lalu.
Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif berkata selain 'kesilapan manusia', sikap ‘gemar mengambil risiko’ oleh Amerika Syarikat juga menyumbang kepada tragedi itu.

“Ini hari yang menyedihkan. Laporan siasatan awal oleh pihak tentera merumuskan ‘kecuaian manusia’ sewaktu krisis berlangsung yang berpunca dari sikap ‘gemar mengambil risiko’ oleh Amerika Syarikat juga menyumbang kepada tragedi itu,” tulis Mohammad Javad pada akaun Twitternya.
“Kami melahirkan rasa amat kesal, memohon maaf dan takziah kepada rakyat kami, keluarga mangsa dan negara-negara yang terbabit.”


Pesawat Boeing 737 yang dikendalikan oleh syarikat Penerbangan Antarabangsa Ukraine itu, terhempas di pinggiran ibu kota Tehran sejurus berlepas, hanya beberapa jam selepas Iran melancarkan serangan peluru berpandu ke arah pangkalan tentera Amerika Syarikat di Iraq.


Iran sebelum ini beberapa kali menafikan peluru berpandu miliknya menembak jatuh pesawat malang itu.

Namun begitu pihak Amerika Syarikat dan Kanada yang memetik sumber perisikan masing-masing percaya Iran bertanggungjawab dalam insiden itu.

BACA: Pesawat bawa 180 penumpang terhempas di Iran

BACA: PM Kanada tuduh Iran tembak jatuh pesawat Ukraine




Tag: Boeing, Ukraine, Iran, Iraq, Amerika Syarikat, pesawat, tembak, penerbangan, terhempas, serangan, tentera, Kotak hitam



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.