awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat bawa 180 penumpang terhempas di Iran

Isabelle Leong
Isabelle Leong
08/01/2020
03:32 MYT
Pesawat bawa 180 penumpang terhempas di Iran
Pesawat Boeing 737 membawa 180 penumpang dalam penerbangan ke Kyiv, Ukraine terhempas di Iran. - Foto AP/Mohammad Nasiri
SEBUAH pesawat membawa 180 penumpang dalam penerbangan ke Kyiv, Ukraine terhempas di Iran pada Rabu.
Menurut sumber berita Iran Tasnim News Agency, pesawat Boeing 737 milik syarikat penerbangan Ukraine itu terhempas berdekatan Lapangan Terbang Khomeini, Tehran sejurus berlepas.
Pegawai kanan perhubungan awam di Lapangan Terbang Imam Khomeini, Ali Khashani berkata kesemua penumpang disahkan meninggal dunia dalam nahas itu.
Sementara itu, Ketua Perkhidmatan Perubatan Kecemasan Iran, Pirhossein Koulivand memaklumkan kru kecemasan telah dihantar ke lokasi kejadian namun tidak dapat meneruskan operasi menyelamat kerana kawasan tersebut masih terbakar.
Reports: #Ukrainian plane with 180 passengers aboard crashes near #Iran's Imam Khomeini Airport due to technical issues
— Tasnim News Agency (@Tasnimnews_EN) January 8, 2020
#PS752 #UIA #Ukraine International Airline #B737 has crash right after take off from #Tehran pic.twitter.com/xRikKVid8I
— 7omid7 (@7omid7) January 8, 2020
Beliau berkata lokasi kejadian tersebut terletak di antara bandar Parand dan Shahriar.
Perkhidmatan pengesanan penerbangan FlightRadar 24 menerusi muat naik di akaun Twitter berkata pesawat tersebut telah beroperasi selama tiga setengah tahun.
We are following reports that a Ukrainian 737-800 has crashed shortly after takeoff from Tehran. #PS752 departed Tehran at 02:42UTC. Last ADS-B data received at 02:44UTC. https://t.co/qXWHUPGDTu pic.twitter.com/vuAi6TOqTp
— Flightradar24 (@flightradar24) January 8, 2020
Memetik laporan media ISNA, pesawat tersebut dipercayai mengalami masalah teknikal.
Kejadian pesawat terhempas tersebut berlaku hanya beberapa hari sebelum Ketua Pegawai Eksekutif Boeing, David Calhoun menjawat jawatan tersebut secara rasmi.
Calhoun bakal menggantikan Dennis Muilenburg yang dipecat pada Disember lalu selepas gagal menguruskan kesan daripada tragedi yang mengakibatkan ia menggantung pengeluaran pesawat versi MAX 737.
Operasi pesawat 737 MAX sebelum ini digantung sejak Mac selepas dua tragedi yang mengorbankan 346 orang.
Topic Berkaitan
#Boeing
#boeing 737
#Iran
#pesawat
#terhempas
#Ukraine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan