awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iran dan Arab Saudi perlu berdialog demi keamanan - Anifah

Astro Awani
Astro Awani
20/01/2016
11:43 MYT
Iran dan Arab Saudi perlu berdialog demi keamanan - Anifah
ANIFAH: 'Iran dan Arab Saudi perlu berdialog demi keamanan' - Gambar fail
Malaysia mahu Iran dan Arab Saudi mengadakan dialog demi mengekalkan keamanan dan kestabilan di rantau berkenaan.
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata, ia memastikan satu inisiatif perdamaian yang memastikan hubungan persaudaraan sesama Muslim terjamin.
"Saya akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Tergempar Majlis Menteri-Menteri Luar Negeri OIC mengenai pencerobohan ke atas Pejabat-Pejabat Diplomatik Arab Saudi di Iran pada Khamis.
"Mesyuarat Tergempar ini diadakan susulan daripada pencerobohan di Iran, ke atas Kedutaan Besar Arab Saudi di Tehran dan Konsulat-Jeneral di Mashhad.
"Mesyuarat Tergempar ini akan membincangkan tindakan-tindakan yang boleh diambil untuk mencari jalan penyelesaian secara aman terhadap isu tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Pada awal Januari, Arab Saudi mengakhiri hubungan diplomatik dengan Iran berikutan serangan ke atas kedutaannya di Tehran rentetan daripada bantahan hukuman mati ke atas ulama Syiah terkenal Arab Saudi, Sheikh Nimr al-Nimr.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Luar Arab Adel Al-Jubeir, selepas penunjuk perasaan menyerbu kedutaan Arab Saudi di Tehran.
Al-Jubeir berkata, semua diplomat Iran harus meninggalkan Arab Saudi dalam masa 48 jam selepas itu.
Sebelum ini, Menteri Luar Negeri Indonesia Retno Marsudi ketika dipetik laporan Antara mengakui usaha mendamaikan Arab Saudi dan Iran seperti yang mahu dimulakan pemerintah Indonesia bukanlah sesuatu yang mudah dicapai.
Katanya, pihak pemerintah republik itu sebenarnya masih belum menemukan langkah konkrit sebagai perantara bagi merealisasikan inisiatif perdamaian tersebut.
Topic Berkaitan
#Anifah
#Arab Saudi
#Bantahan
#hubungan diplomatik
#Iran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan