awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Luar Indonesia akui sukar damaikan Arab Saudi dan Iran

Agensi
Agensi
10/01/2016
01:58 MYT
Menteri Luar Indonesia akui sukar damaikan Arab Saudi dan Iran
RETNO: Isu ini tidaklah semudah seperti yang disangka, kerana kerumitannya sangat banyak. - Foto AFP
Menteri Luar Negeri Indonesia Retno Marsudi mengakui usaha mendamaikan Arab Saudi dan Iran, seperti yang mahu dimulakan pemerintah Indonesia, bukan sesuatu yang mudah dicapai.
Memetik laporan Antara, pihak pemerintah republik itu sebenarnya masih belum menemukan langkah konkrit sebagai perantara bagi merealisasikan inisiatif perdamaian tersebut.
“Isu ini tidaklah semudah seperti yang disangka, kerana kerumitannya sangat banyak. Langkah konkritnya nanti kita lihat dari rundingan yang akan terus kami lakukan,” ujar Retno.
Pada Sabtu, Presiden Joko Widodo melalui Retno mahu menyampaikan surat kepada Raja Arab Saudi Salman Abdul Aziz Al Saud dan Presiden Iran Hassan Rouhani berkenaan hasrat Indonesia menjadi orang tengah bagi dalam penyelesaian konflik tersebut..
Keinginan Negara Garuda itu menjadi perantara perdamaian bertitik-tolak daripada rasa peduli ke atas situasi yang melanda kedua-dua negara Asia Barat tersebut, selain mewakili hasrat persaudaraan daripada negara yang mempunyai populasi Muslim terbesar dunia.
Tambah Retno, usaha untuk mencetus komunikasi positif secara serentak dan mengatur rundingan dengan kedua-dua pihak sedang dipertingkatkan.
“Saya sudah sampaikan kepada kedua-dua menteri luar (Arab Saudi dan Iran) mengenai utusan Presiden (Jokowi). Kita sedang menunggu masa yang sesuai,” katanya.
Arab Saudi pada Isnin lalu mengakhiri hubungan diplomatik dengan Iran berikutan serangan ke atas kedutaannya di Tehran, berkaitan bantahan terhadap hukuman terhadap ulama Syiah terkenal Arab Saudi, Sheikh Nimr al-Nimr.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Luar Arab Adel Al-Jubeir, selepas penunjuk perasaan menyerbu kedutaan Arab Saudi di Tehran.
Selepas Arab Saudi berbuat demikian, Bahrain dan Sudan turut memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran.
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#hubungan diplomatik
#Indonesia
#Iran
#perdamaian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan