TAMAN Negara Blue Mountains di Australia yang dahulunya cukup popular sebagai pusat pelancongan, kini suram akibat kebakaran hutan yang tidak berjaya dibendung.

Sebahagian besar taman negara yang terletak di New South Wales kira-kira 100 kilometer dari bandar Sydney itu terbakar sekali gus menyebabkan ia kini dipenuhi abu.

Malah puluhan rumah musnah dijilat api dan menyebabkan dua anggota tentera maut.

Salah satu tarikan utama di taman negara itu yang menjual buah-buahan segar turut musnah akibat kebakaran yang berlaku.

Ribuan penduduk di daerah itu sebelum ini sudah diarahkan untuk berpindah bagi mengelakkan sebarang risiko.

Sebahagian besar taman negara yang terletak di New South Wales kira-kira 100 kilometer dari bandar Sydney itu terbakar sekali gus menyebabkan ia kini dipenuhi abu. Foto: Facebook@VisitBlueMountains / Reuters


Terdahulu, Perdana Menteri Australia Scott Morrison akui beliau sepatutnya mengendalikan krisis kebakaran hutan di negara itu dengan lebih baik.


BACA: Rakyat Australia berhimpun, gesa Scott Morrison ambil langkah tangani kebakaran hutan

BACA: Australia gunakan kapal terbang 'jatuhkan' makanan untuk haiwan liar

Dalam satu temubual bersama Australia Broadcasting Corporation (ABC) pada Ahad, Morrison berkata, keadaan sangat sensitif dan penuh dengan emosi, dan perdana menteri juga manusia biasa.

Morrison berhadapan dengan kritikan bahawa beliau terlalu perlahan dalam mengendalikan krisis kebakaran yang mengakibatkan kehilangan jiwa itu.

FOTO ALBUM: Kebakaran hutan membakar bumi Australia

Sekurang-kurangnya 28 orang terkorban dalam tragedi itu, yang turut memusnahkan 2,000 kediaman serta menjejaskan kawasan yang jauh lebih besar berbanding negeri Indiana di Amerika Syarikat, sejak September tahun lalu.

Antara yang dilaporkan terkorban, ialah empat ahli bomba yang bertugas dalam memadamkan kebakaran berskala besar itu.