Fenomena langit bertukar menjadi warna merah semalam berpunca daripada keadaan jerebu yang sudah berada pada lapisan tinggi di atmosfera kesan daripada kebakaran hutan yang meluas.
Ketua Data Pusat Data dan Informasi (Kapusdatin) Badan Nasional Penanggulangan Bencana ( BNPB), Agus Wibowo Soet berkata, kejadian itu juga yang dikenali sebagai Hamburan Rayleigh disebabkan berlakunya pergerakan jerebu daripada titik panas.
"Warna merah tersebut merupakan kabut asap (jerebu) yang bergerak dari titik panas yang ada di wilayah bahagian selatan Riau," ujar Agus petik laporan Kompas.com, sambil berkata titik panas ini sudah muncul sejak pertengahan Ogos 2019.
Dalam pada itu menurut ahli astronomi Indonesia, Marufin Sudibyo menjelaskan bahawa fenomena langit berwarna merah bukanlah disebabkan berlakunya peningkatan suhu yang luar biasa.
BACA: Fenomena 'Super Blood Wolf': Siapa dapat saksikan bulan bertukar warna merah?
BACA: Penduduk kampung bimbang air sungai bertukar merah
"Ini nampaknya fenomena Hamburan Rayleigh. Hamburan Rayleigh itu berlaku apabila cahaya matahari telah diserakkan oleh asap, habuk atau zarah dengan menapis cahaya gelombang pendek dan melepaskan cahaya gelombang panjang yang selalunya berwarna jingga atau merah menyebabkan keadaan menjadi malap dan kemerahan," katanya.
Katanya lagi, dalam kes di Jambi, kepadatan partikel-partikel mikro dan nano di udara dianggap cukup besar sehingga lebih padat berbanding kepadatan partikel ketika udara normal.
Tambahnya, kejadian ini bagaimanapun tidak memberi gangguan kepada penglihatan manusia.
"Menurut saya tidak menjejaskan kesihatan mata dan penglihatan manusia. Kerana ini hanya hamburan cahaya biasa. Sakit mata berpeluang terjadi lebih kerana partikel-partikel mikro/nano itu. Bukan kerana cahayanya," ujar Marufin.
Dilaporkan kejadian ini pernah terjadi di Indonesia sebelum ini ketika berlakunya letupan gunung berapi Krakatau pada tahun 1883 dan Pinatubo pada tahun 1991.
Sebelum ini tular di media sosial kejadian di Jambi yang menunjukkan langit di kawasan berkenaan tular menjadi merah meskipun ketika itu baharu jam 11 pagi. - Agensi
Agensi
Sun Sep 22 2019
Gambar tular langit berwarna merah di Jambi, Indonesia, semalam. - Foto Agensi
Cristiano Ronaldo akui dia bukan lagi ‘pemain terbaik’ Portugal?
Bernardo Silva telah dinobatkan sebagai pemain terbaik Portugal walaupun Cristiano Ronaldo masih beraksi untuk negaranya.
Cuaca panas: Orang Asli hadkan aktiviti luar rumah, masuk hutan
Bahang cuaca panas menyebabkan masyarakat Orang Asli suku kaum Temiar di Pos Brooke terpaksa mengurangkan aktiviti di luar rumah dan masa bekerja di dalam hutan.
Kerajaan Persekutuan ambil alih projek LRT Pulau Pinang
Projek pembangunan LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang akan diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan tetapi dengan meletakkan syarat kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Pengarah syarikat dakwa pemilik RM500,000 beri keterangan esok - Ketua Polis Selangor
Pengarah syarikat yang mendakwa pemilik bagasi berisi wang RM500,000 yang ditemukan di tempat letak kereta dijangka hadir memberikan keterangan esok.
Bernas ceriakan Aidilfitri pesawah asnaf
Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) menceriakan 45 asnaf dan komuniti pesawah sempena Aidilfitri tahun ini.
Inisiatif Gema Ramadan Menyantuni Penuh Ikhlas adalah sebagai inisiatif untuk menyumbang kepada masyarakat dengan menekankan fokus strategik ke atas impak yang lebih bermakna, melangkaui Tanggungjawab Sosial Korporat semata-mata.
Inisiatif Gema Ramadan Menyantuni Penuh Ikhlas adalah sebagai inisiatif untuk menyumbang kepada masyarakat dengan menekankan fokus strategik ke atas impak yang lebih bermakna, melangkaui Tanggungjawab Sosial Korporat semata-mata.
[TERKINI] Mahkamah Tinggi arah Isa dan Emir bayar RM3.31 juta
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Tan Sri Isa Samad dan Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah membayar lebih RM3.31 juta kepada FGV Holdings Berhad.
KJ akhirnya dapat isi PADU selepas identiti dicuri
Khairy Jamaluddin akhirnya berjaya mendaftar dalam sistem PADU selepas mendakwa akaunnya telah didaftarkan oleh individu yang tidak dikenali.
Aset rizab rasmi Malaysia AS$114.28 bilion akhir Februari 2024 - BNM
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$114.28 bilion pada akhir Februari 2024 manakala aset mata wang asing lain adalah US$202.69 juta (US$1=RM4.73), kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Tiada kemunculan Amad, pertemuan Man United-Brentford
Kedua-dua pasukan Manchester United dan Brentford kehilangan seorang pemain kerana penggantungan untuk pertembungan Liga Perdana Inggeris Sabtu ini.
Singgah Sahur UMPSA santuni anak yatim, agensi keselamatan
Program Singgah Sahur UMPSA bukan sekadar bertujuan berkongsi rezeki, tetapi juga menjentik rasa keinsafan dan kesyukuran.
Kenapa langit tiba-tiba jadi merah?
Fenomena langit berwarna merah bukanlah disebabkan berlakunya peningkatan suhu yang luar biasa.