DI SEBALIK berita sedih yang berpunca daripada penularan 2019 novel koronavirus (2019-nCoV) yang telah mengorbankan ratusan nyawa di China dan Filipina, masih ada lagi harapan dan sisi yang boleh memberikan nafas lega kepada seluruh rakyat.

Ini kerana seramai 37 pesakit koronavirus kembali pulih dan dibenarkan keluar dari hospital Jinyintan di Wuhan, China pada Ahad..

Jumlah pesakit didiscaj itu juga dilaporkan yang tertinggi setakat ini.

Memetik laporan CCTV Asia Pacific, antara jumlah tersebut dikatakan terdapat seorang pesakit yang berumur 88 tahun dan itu menjadikan pesakit paling tua yang telah sembuh daripada wabak novel koronavirus setakat ini.


Kesemua mangsa yang telah dibenarkan pulang ke rumah itu bagaimanapun masih dikenakan perintah kuarantin di rumah selama dua minggu.

Keseluruhan mangsa yang telah sembuh daripada wabak ini menjadikan jumlah kepada 365 orang yang mana pada Sabtu, seramai 328 dipercayai telah kembali pulih, menurut pegawai kesihatan China.

Sebelum ini, seramai 20 pesakit telah dibenarkan keluar dari hospital yang sama selepas ujian yang dijalankan mendapati mereka tidak lagi dijangkiti.

BACA: 20 pesakit di China sembuh jangkitan koronavirus

Setakat ini, angka kematian yang diakibatkan daripada virus dari bandar Wuhan itu telah mengorbankan seramai 305 nyawa, dan dipercayai satu daripadanya adalah pesakit yang meninggal dunia di Filipina.

BACA: PM China dedah 'senjata utama' perangi koronavirus

B
ACA:
Hospital khas koronavirus siap dalam 6 hari, mula beroperasi esok