awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan

Koronavirus: Angka korban meningkat, 106 disahkan maut di China

Sahlizah Mohamed
Sahlizah Mohamed
28/01/2020
03:10 MYT
Koronavirus: Angka korban meningkat, 106 disahkan maut di China
Angka kematian di China akibat penularan wabak koronavirus terus meningkat kepada 106 orang dengan pertambahan kes baharu sebanyak 4,428. - Gambar fail
Angka kematian di China akibat penularan wabak koronavirus terus meningkat kepada 106 orang dengan pertambahan kes positif dijangkiti virus baharu itu sebanyak 4,428 orang.
Jumlah kes baharu direkodkan sebanyak 1,300 kes yang telah disahkan, kata pihak berkuasa China. Dalam pada itu, dua lagi negara masing-masing mempunyai satu kes positif koronavirus iaitu di Sri Lanka dan Jerman.
Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes di luar China adalah sebanyak 92 kes.
Di China, beberapa syarikat ternama mengambil langkah beri warga kerja cuti panjang atau 'tutup kedai' sementara bagi mengurangkan bahaya penularan koronavirus yang sedang melanda.
Pelbagai acara yang sudah diatur, apabila satu negara China pulang semula setelah selesai lebih seminggu bercuti menyambut tahun baharu, turut dibatal.
Kerajaan China sendiri mengambil keputusan memanjangkan cuti sambutan Tahun Baharu Cina yang ditambah tiga hari hingga ke 2 Februari.
BACA: Khabar dari Wuhan: Cuti kini panjang, kerja dari rumah elak korban bertambah
BACA: Pembawa koronavirus boleh menjangkau 44,000 orang - Pakar
BACA: Selepas Hong Kong, Macau pula larang kemasukan pelancong dari Hubei
Dalam perkembangan lain, Malaysia masih kekal dengan jumlah empat kes.
Sebagai rekod, Wuhan yang merupakan sebuah bandar di wilayah Hubei, China menjadi titik awal penularan wabak koronavirus.
Angka kematian akibat virus baharu itu terus meningkat dari semasa ke semasa selain pertambahan kes baharu yang direkodkan di beberapa buah negara selain China.
Topic Berkaitan
#Hong Kong
#Hubei
#Jerman
#koronavirus di Malaysia
#Macau
#pelancong
#Sri Lanka
#virus pembunuh
#Wuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.