Sri Lanka mengesahkan kes pertama positif 2019 novel koronavirus, menurut Sudath Samaraweera, ketua epidemiologi di Kementerian Kesihatan Sri Lanka, pada Isnin.

"Kes melibatkan seorang pelancong wanita warga China berumur 40-an yang tiba di sini pada 19 Jan dan jatuh sakit pada 25 Jan.

"Dia disahkan dijangkiti koronavirus susulan ujian yang dijalankan pada Isnin," katanya pada Selasa, menurut laporan Associated Press (AP).

Virus tersebut, pertama kali dilaporkan di bandar Wuhan, telah mengakibatkan lebih 100 kematian dan menjangkiti lebih 2,000 mangsa.

BACA: Wuhan kini menjadi 'bandar hantu'

Walaupun kebanyakan kes yang dikenal pasti adalah di China, setakat ini, 17 negara lain turut melaporkan kes yang sama.