Kumpulan sivil dan wakil media di Taiwan mengecam penangkapan taikun media Hong Kong (HK), Jimmy Lai dan penyerbuan yang dilaksanakan di syarikatnya, Apple Daily.
Kolumnis Apple Daily yang kini menetap di Taiwan, Sang Pu berkata ramai netizen masih mahu membeli satu salinan Apple Daily meskipun surat khabar berkenaan kosong pada hari ini.
Katanya, ia menunjukkan bahawa semangat rakyat HK masih membara.
Selain itu, Tseng Chien-yuan, Pengerusi New School for Democracy yang juga ahli akademik di Taiwan juga berkata, mereka merupakan rakan sekutu rakyat HK.
Oleh itu, katanya, mereka perlu bersatu untuk menentang rejim yang tidak sah tersebut.
Pada pagi Isnin, polis HK menangkap Lai di kediamannya.
Selepas ditahan, Lai dibawa ke ibu pejabat syarikat medianya, Next Digital di mana sekurang-kurangnya 200 anggota polis menggeledah serta mengepung kawasan berkenaan sehingga mencetuskan kekecohan dengan kakitangan syarikat itu.
Penahanan ini merupakan kes berprofil tinggi pertama di bawah Undang-undang Keselamatan Negara yang dikenakan Beijing ke atas wilayah itu pada Jun.
Next Digital antara lain menerbitkan tabloid Apple Daily yang diasaskan Lai pada 1995, menjelang penyerahan Hong Kong oleh Britain kepada China.
Seperti Lai, Next Digital juga mempunyai pendirian pro-demokrasi dan sering menggesa pembacanya untuk mengambil bahagian dalam protes pro-demokrasi.
Agensi
Tue Aug 11 2020
Penahanan ini merupakan kes berprofil tinggi pertama di bawah Undang-undang Keselamatan Negara yang dikenakan Beijing ke atas wilayah itu pada Jun. - foto Reuters
Lelaki kekal dilepas dan dibebaskan tuduhan rogol budak umur 4 tahun
Mahkamah Tinggi mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang membebas dan melepaskan seorang lelaki daripada tuduhan merogol dan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang kanak-kanak.
[TERKINI] Reaksi peluncuran Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional
Bersama kita di dalam talian Pakar Kriminologi, Datuk Shahul Hamid, untuk memberi pandangan secara terus berkenaan dengan pelancaran Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS).
[TERKINI] Majlis Peluncuran Strategi Pembenterasan Rasuah Nasional
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim & Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki hadir ke Majlis Peluncuran Strategi Pembenterasan Rasuah Nasional (National Anti-Corruption Strategy [NACS]) Anjuran SPRM di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC), Putrajaya.
Kerajaan tegas tak benarkan mana-mana syarikat berdaftar di Israel berada di Malaysia – PM Anwar
Lockheed Martin dan BAE System tidak berdaftar di Israel sepertimana syarikat perkapalan ZIM.
Apple sedang bangunkan cip kendiri untuk jalankan perisian AI
Cip AI kendiri ini akan digunakan di pusat data Apple dengan ini
Seorang lagi suspek kes simbah asid Faisal Halim ditahan
Seorang lagi individu ditahan dipercayai mempunyai kaitan melibatkan kes simbah asid terhadap pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim di sebuah pasar raya dekat Kota Damansara, Ahad lalu.
AWANI Ringkas: Proton catat pertumbuhan 17.1% untuk April
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
BJAK masih tawar khidmat pembaharuan cukai jalan, caj pembekal rasmi JPJ ditanggung
JPJ memandang serius kandungan iklan BJAK berhubung perkhidmatan urus niaga pembaharuan LKM secara online yang ditawarkan kepada orang awam.
Bursa Malaysia bermula positif, lepasi 1,600 mata
Pada 9.06 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.87 mata kepada 1,602.26 daripada 1,597.39 semalam.
Jenazah Hail Amir selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham Datuk Hail Amir selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana di sini, pada jam 11 pagi tadi.
7 individu prodemokrasi di Hong Kong disabit kesalahan
Tujuh penyokong prodemokrasi di Hong Kong disabitkan atas kesalahan kerana menganjurkan dan menyertai perhimpunan tanpa kebenaran.
Taikun media Hong Kong bakal berdepan hukuman penjara seumur hidup
Jimmy adalah individu berprofil tinggi disabit di bawah 'sweeping law' yang menyasarkan pergerakan prodemokrasi di bandar raya itu.
Kumpulan hak sivil Taiwan kecam penahanan Jimmy Lai
Kolumnis Apple Daily yang kini menetap di Taiwan, Sang Pu berkata ramai netizen masih akan membeli satu salinan Apple Daily meskipun surat khabar berkenaan kosong pada hari ini.
Selepas ditahan, polis serbu pejabat taikun media Hong Kong, Jimmy Lai
Penahanan taikun media Jimmy Lai merupakan kes berprofil tinggi pertama di bawah Undang-undang Keselamatan Negara yang dikenakan pada Jun.