Berita  | Dunia

Lebih 7 juta kanak-kanak Yaman berdepan kebuluran

Lebih 7 juta kanak-kanak Yaman berdepan kebuluran
Seorang anak disuapkan air di sebuah hospital di Hodeida, Yaman, 27 Sept, 2018. (Foto AP)
HODEIDA: Lebih 7 juta kanak-kanak di Yaman berdepan ancaman kebuluran, menurut Pengarah Serantau Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Geert Cappelaere.
 
Katanya, sebanyak 1.8 juta kanak-kanak di bawah umur lima tahun berdepan masalah kekurangan zat makanan yang buruk.

Sementara itu, 400,000 orang lagi terjejas dengan kekurangan zat tersebut.

Pada 23 Oktober, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, kira-kira 14 juta orang di Yaman - separuh penduduk negara itu - sedang berdepan 'situasi pra-kebuluran.'
Walaupun negara tersebut berdepan rancangan untuk menamatkan perang, ia tidak akan menyelamatkan kesemua 7 juta kanak-kanak itu, kata Cappelaere pada Rabu.

BACA: 5 kementerian, UNICEF gabung wujudkan pelan atasi isu kanak-kanak

Tambahnya, yang penting, kerajaan persekutuan perlu ada mekanisme yang mengutamakan penduduk tempatan.

Beliau berkata, usaha untuk menghasilkan penyelesaian dalam tempoh 30 hari akan datang adalah 'kritikal' bagi menyelamatkan nyawa mereka.